Isu dakwaan pencabulan terhadap rakyat Filipina timbul
KUALA
LUMPUR, 12 Mac — Konflik bersenjata di Sabah dilihat membuka tembelang
Malaysia di mana ratusan rakyat Filipina, sekarang berada di tanah air
mereka menceritakan tentang penderaan dan pencabulan seks selama
bertahun-tahun terhadap komuniti mereka di sini.
Adik kepada “Sultan Sulu” Jamlul Kiram III (gambar, kanan),
Bantilan Esmail Kiram II mengatakan cerita tersebut tidak memeranjatkan
beliau kerana pihak berkuasa Malaysia telah dituduh mendera rakyat
Filipina di Sabah lama sebelum pencerobohan Sulu berlaku.
Esmail, yang kini sedang berbincang dengan pemerintah Filipina
mengenai kemungkinan menarik kembali tentera Sulu di Sabah walaupun
pertuduhan deraan adalah “tidak Islamik”, ia menjadi pengetahuan umum di
Filipina.
“Mereka telah melayan rakyat Filipina seperti mereka bukan manusia.
Apa yang mereka lakukan tidak Islamik dan seperti bukan pengikut Islam,”
katanya dalam laporan The Philippine Daily Inquirer hari ini.
MENYUSUL LAGI
0 orang berkata:
Post a Comment