SETIAP PERJUANG YANG HAK WAJIB ADA RESIKO, JIKA TIADA RESIKO BUKANLAH PERJUANGAN NAMANYA, SEBAB TU NABI-NABI DAN RASUL DAHULU MENERIMA BERBAGAI-BAGAI RESIKO OLEH ALLAH SEBAGAI UJIAN KETAHANAN DARIPADA SYAITAN MANUSIA DAN JIN- Pak Karamu
Seniman: 'Jika dikecam baru namanya perjuangan'
12 Mac 2013
“KALAU tak kena kecam, bukan perjuangan namanya.” Demikian reaksi
Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi berhubung isu beberapa
artis tempatan yang ‘diserang’ masyarakat ekoran penghasilan lagu
politik.
Penyanyi dan komposer, Yassin Sulaiman menerima ugutan bunuh gara-gara menghasilkan lagu Reformasi sempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat keempat.
Penyanyi dan komposer, Eddie Hamid tidak terkecuali apabila lagu ciptaannya, Bo La Weiii menerima kritikan hebat terutamanya daripada rakyat Kelantan.
Menurut Zed Zaidi, kecaman itu menunjukkan lagu yang dihasilkan artis berkenaan meninggalkan kesan.
“Macam kes Eddie Hamid, kalau tak kena kecam, bukan perjuangan namanya. Apabila ditentang maksudnya lagu itu beri kesan...(mungkin) boleh mempengaruhi artis-artis pembangkang menyertai semula kerajaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Beliau menekankan tentang ‘kuasa’ seni yang mampu mempengaruhi orang lain dengan lebih cepat.
“Seni adalah salah satu senjata politik. Di negara luar dah lama menjadikannya senjata. Kita saja yang masih belum guna. Dari segi lirik, muzik, lagu, lakonan, iklan. Semua itu mempengaruhi... ‘boleh membunuh’.
“Pemimpin kena sedar perkara ini. Kita dah lama beritahu pada pimpinan kerajaan tetapi tidak diendahkan. Apabila digunakan pembangkang, baru nak sedar,” katanya.
Menolak ketika dikatakan kecaman itu ekoran masyarakat tidak boleh menerima perubahan artis yang terjun dalam bidang politik, Zed Zaidi berkata, masyarakat memerlukan masa.
“Bukan masyarakat tak boleh terima tetapi perkara ini sudah lama digunakan orang luar, kita baru nak pakai sebab itu sukar diterima masyarakat.
“Untuk menerima sesuatu yang baru, perlu ambil masa. Mereka tak boleh terima hakikat yang artis menyertai politik. Kalau dah berjaya baru mereka nampak. Perubahan itu akan berlaku secara perlahan,” katanya yang menyifatkan Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai ‘ibu’ kepada pilihan raya umum negara ini.
Beliau juga menyentuh soal beberapa artis yang diletakkan sebagai calon di kawasan tertentu untuk bertanding dalam PRU13.
“Apabila pembangkang guna artis untuk lawan ahli politik, kenapa kerajaan tak guna? Kerajaan takut nak letak artis bertanding. Kenapa perlu takut? Penyokong seni sangat besar dalam dunia politik.
“Di dunia luar, Rhoma Irama nak bertanding sebagai calon Presiden dan Arnold Schwarzenegger pernah menjadi Gabenor California, dan banyak lagi contoh. Mereka semua ini selebriti yang mengguna pengaruh mereka dalam dunia politik,” katanya.
Katanya, “negara lain boleh buat. Jadi, kerajaan kita juga boleh guna artis-artis ini untuk menentang pembangkang. Artis kena lawan dengan artis.”

0 orang berkata:
Post a Comment