KALAU MENANG JUMPA KAT PARLIMEN ? MACAM TAK KOBFIDEN BN MENANG ! HABIS LA KO ! Pak Karamu
Zahid nafi tuduhan Rafizi, nafi LTAT dipengaruhi pihak luar
Oleh Md Izwan
KUALA
LUMPUR, 12 Mac — Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan oleh
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengatakan terdapat banyak
keraguan dalam urusniaga pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) sambil mengulangi pendirian bahawa keputusan syarikat tersebut
tidak pernah dipengaruhi mana-mana pihak luar.
Kenyataan Ahmad Zahid (gambar) hari ini susulan
pendedahan Rafizi bulan lalu selepas mendapat akses menyemak dokumen
perjanjian urusniaga pembelian tanah, yang mengatakan terdapat banyak
keraguan melibatkan urusniaga pembelian tanah oleh anak syarikat,
Boustead Holdings Bhd dengan Senator Umno Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
“Saya ingin menyatakan sekali lagi terhadap tohmahan daripada seorang
yang mengaku pengarah strategik sebuah parti, terbukti daripada
prestasi LTAT yang diumumkan hari ini wang daripada LTAT tidak pernah
digunakan untuk membeli aset seperti yang dituduh oleh beliau,” kata
Ahmad Zahid yang membidas Rafizi semasa mengumumkan dividen 16 peratus
serta pembayaran berjumlah RM759.3juta kepada pencarum di Kementerian
Pertahanan hari ini.
Menteri pertahanan itu juga menafikan tuduhan Rafizi yang mengatakan
langkah Boustead membeli hartanah tersebut adalah bagi menyelamatkan
kroni-kroni dalam Umno, sebaliknya menegaskan pembelian tersebut
dilakukan selepas unjuran keuntungan dikaji sebelum membuat pembelian.
“Nilai pasaran kepada hartanah itu melebihi daripada harga pembelian
hartanah dan juga pembayaran kepada pembelian syarikat berkenaan.
“Ianya dibuat berdasarkan kepada unjuran keuntungan yang akan
diperoleh daripada kenaikkan harga pasaran bagi hartanah berkenaan.
Ertinya ‘capital gain’, kenaikkan modal diperolehi daripada transaksi
perniagaan itu,” tambah Ahmad Zahid.
Rafizi baru-baru ini mendapat pegangan 100 unit saham Boustead yang
bernilai RM527 telah mendedahkan beberapa klausa-klausa dalam
Perjanjian Pertama yang memberi keuntungan beratus juta ringgit kepada
Senator Datuk Raja Ropiaah selain daripada pembayaran RM130 juta seperti
yang telah diumumkan sebelum ini.
“Saya benar-benar terkejut dengan beberapa urusniaga yang sebelum ini
disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham yang lain kerana
tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.
“Urusniaga-urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan
iaitu memberikan durian runtuh kepada Raja Ropiaah Raja Abdullah, Ketua
Wanita Umno Selangor,” kata Rafizi bulan lalu.
Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid menolak dakwaan yang dilakukan oleh
Rafizi tersebut serta menegaskan sebarang keputusan oleh LTAT tidak
dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar serta mencabar pemimpin PKR
tersebut untuk berhadapan dengannya di mahkamah atas kes saman fitnah
yang difailkan.
“LTAT sebuah syarikat yang telus, keputusannya tidak dipengaruhi
perdana menteri, menteri pertahanan ataupun mana-mana arahan pihak luar.
“Saya sedang menunggu tarikh yang telah yang akan ditetapkan pihak
mahkamah, saya akan jumpa dia di mahkamah... Kalau menang di pilihan
raya, saya mahu jumpa dia di parlimen,” tegas Ahmad Zahid.
Disember lalu, Rafizi mendedahkan individu tertinggi dalam kerajaan
menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera
untuk menutup mulut usahawan permaidani Deepak Jaikishan dari terus
membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya
Shariibuu.
Menurut Rafizi, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan
bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih
dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd
(Awan Megah).
Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira
Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh
Boustead, milik LTAT.
0 orang berkata:
Post a Comment