Saturday, January 18, 2014
Politik Bangang Yang Mengecewakan Rakyat
Dipecat sebagai MB Selangor: Khalid serah kepada rakyat, ahli parti
"Itu hal politik. Isu tersebut biarlah ditentukan oleh rakyat dan ahli parti sendiri," katanya kepada media selepas menghadiri program dialog bersama penduduk di Kuala Selangor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Abdul Khalid hampir hilang pekerjaannya dua malam lalu apabila Azmin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dan penyokongnya mencadangkan beliau disingkirkan daripada kerusi itu.
Ia berlaku rentetan kemarahan penyingkiran Azmin sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), namun ia diselamatkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak cadangan itu.
The Malaysian Insider difahamkan cadangan itu hangat dibahaskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada malam Rabu lalu yang dipengerusikan oleh Anwar. - 18 Januari, 2014.



1 orang berkata:
bila pkr berpecah,akan jadi macam negeri kedah.bila jatuh ke tangan bn, baru hampa ada akai...kenapa masih ada lagi macai2 pkr yg xgheti melayari politik selangor.adakah hampa akan buat keduri syukur bila pr musnah?.
Post a Comment