PEH BUKAN JAGA AGAMA TAPI MEMPERJUANGKAN AGAMA YANG HAMPIR MELINGKUP, HANGPA PI LA REPORT KAT SULTAN, PASAI SULTAN JAGA AGAMA, YANG HANGPA LUK LAK KAT JALAN TU WAT APA ? HANGPA NI BUGHAH KA ? Pak Karamu
Tindakan degil paderi: Pas tak wajar diam
PETALING JAYA - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM)
mendesak supaya Pas tidak berdiam diri berhubung kenyataan Pengarang
Akhbar Mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang masih berdegil
dengan penggunaan kalimah ALLAH di gereja.
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, tindakan Pas yang berdiam diri dianggap sebagai langkah tidak wajar memandangkan parti tersebut merupakan pertubuhan Islam yang memperjuangkan nasib agama.
Menurut Abdul Rani, pimpinan Pas perlu tampil ke depan dan bersuara.
“Pas adalah pertubuhan Islam dan mereka perlu memainkan peranan penting dalam memperjuangkan isu penggunaan kalimah ALLAH ini bagi membela nasib agama dan bangsa,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Petaling Jaya berhubung isu berkenaan, semalam.
Selain itu, Abdul Rani turut mendesak supaya Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak berdiam diri dan dapat memelihara kesucian agama Islam daripada diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
Menurutnya, sebagai menteri besar, Abdul Khalid mempunyai kuasa mengambil tindakan di atas kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan berhubung isu tersebut.

0 orang berkata:
Post a Comment