06 Januari, 2014
Berita Dari Pahang Yang Tidak Di Besar-Besarkan Oleh Utusan, Berita, RTM Dan TV3
Akibat banjir 3 Disember lalu, sebuah rumah di Perkampungan Bukit Rangin
di sini hanyut sejauh 15 meter dan tersadai di tanah jiran sebelahnya.
Wan Badrol Shah, 25, berkata, kejadian banjir penghujung tahun lepas
merupakan yang terburuk pernah berlaku di kampung tersebut yang
menyebabkan kebayakan penduduk tinggal sehelai sepinggang.
“Akibat arus deras, rumah milik keluarga saya hanyut, dan kami masih
bersyukur kerana ia tidak dihanyutkan jauh. “Sekurang-kurangnya ada
harapan untuk kami membaiki dan ‘meletakkan’ rumah ini ke tapak
asalnya,” katanya.
Sehubungan itu, atas inisiatif Unit Amal Pas Kawasan Paya Besar,
gotong-royong telah diadakan untuk mengusung rumah tersebut ke tempat
asalnya.
Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Paya Besar, Mohd Tarmizi Yahaya
berkata, seramai 100 sukarelawan daripada Unit Amal, ahli Pas, AJK
masjid dan penduduk kampung datang bergotong-royong mengusung rumah itu.
Menurutnya, prihatin dengan nasib mangsa banjir di Bukit Rangin di sini,
Unit Amal Pas Paya Besar telah melancarkan Ops Banjir seminggu selepas
banjir sehingga ke hari ini. “Kami membantu mereka yang memerlukan tanpa
mengira parti.
Mana-mana pihak yang memerlukan bantuan, kami sedia membantu.
“Alhamdulillah, kami juga dapat bantuan daripada pihak luar untuk
diagihkan kepada mangsa banjir di kawasan ini,” katanya.
Mohd Tarmizi berkata, kesan banjir Disember lalu merupakan dugaan besar,
namun berharap agar penduduk tidak berputus asa untuk meneruskan
kehidupan mendatang.
“Ini ujian ALLAH kepada kita, tetapi dari sudut positif, kita dapat
mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara satu sama lain,"
katanya disini semalam. ~sh



0 orang berkata:
Post a Comment