BAGUS AMAT SI AMAN INI, PERLU BERSATU ? "BERPEGANG TUGUHLAH PADA TALI ALLAH JANGAN KAMU BERCERAI BERAI" KALO TAK PEGANG TALI ALLAH TENTUNYA BERCERAI BERAI, MASA MAULIDUL RASUL, SEMUA ORANG SEBUT BAIK-BAIK SAJA, ISLAM DI SANJUNG, NABI DI ANGKAT TINGGI, AJARAN NABI ? AJARAN ALLAH ? CAKAP BIARLAH SERUPA BIKIN - Pak Karamu
Ambil iktibar Maulidur Rasul
SANDAKAN - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata,
keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum perlu dikekalkan
kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Katanya hikmahnya besar kerana manfaatnya akan dinikmati bukan sahaja
oleh umat Islam bahkan seluruh ahli masyarakat, sesuai dengan kemuliaan
agama Islam sebagai agama perpaduan dan keamanan.
"Marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini
dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian,
semangat dan daya juang serta akhlak Nabi Muhammad SAW.
"Semoga dengan penghayatan itu, akan mengukuhkan lagi kesatuan dan
kekuatan kita dalam menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program
transformasi negara seterusnya memartabatkan lagi kejayaan umat Islam ke
mercu kegemilangan," katanya pada majlis sambutan Maulidur Rasul
peringkat negeri di sini hari ini.
Katanya umat Islam hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan dan oleh itu hanya kesatuan dan perpaduan umat Islam akan menjadi
umat yang cemerlang dan dihormati. - Bernama
1 orang berkata:
Pandai cakap bab islam tapi diri sendiri ikut tak apa yg diperintah oleh Allah, apa yang suruh oleh Nabi.? Adakah Allah suruh menyamun kekayaan negeri? Kalau perangai sendiri pun tak terkawal lebih baik tutup mulut atau cerita bab keselamatan negeri.
Post a Comment