• - Foto Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak
1 / 1
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali ke pejabat selepas dilaporkan terkena jangkitan E.Coli semasa lawatan ke kawasan banjir di Pantai Timur.

Najib memaklumkan perkara tersebut di laman mikro Twitter rasmi milik beliau, @NajibRazak.

Selain daripada itu, beliau memaklumkan bahawa agenda mesyuarat Kabinet berbincang mengenai pasca banjir Pantai Timur.

"Terima kasih kepada yang mendoakan," ujarnya.

Najib turut berkongsi perkembangan mesyuarat yang dipengerusikannya hari ini.

"Agenda utama mesyuarat Kabinet banyak membincangkan isu berkaitan dengan banjir dan usaha utk membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas," katanya.

Sebelum ini, beliau dinasihatkan berehat oleh doktor akibat jangkitan virus bawaan banjir itu, kelmarin.

[ARTIKEL BERKAITAN: PM terkena jangkitan E.Coli, disuruh berehat]

Antara kesan jangkitan virus E.Coli adalah keracunan makanan dan cirit-birit.