Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISH, MUNGKIN ! ISHH, TAK MUNGKIN, JIKA BENAR SAMAN JE !

Saturday, January 3, 2015

Benarkah Empangan Kenyir 2 punca banjir besar di Kelantan?.. Bacalah!


Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ini belum diberi nama secara rasmi tetapi kebanyakkan orang memanggilnya sebagai Kenyir 2.

Beberapa pihak telah mendakwa banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini hingga menyebabkan lebih dari 100,000 rakyat Kelantan menjadi mangsa adalah berpunca dari Empangan Kenyir 2 ini.

Benarkah apa yang didakwa itu?.. bacalah fakta-fakta yang kita perlu ketahui mengenai projek ini..


Sebelum itu.. berikut adalah apa yang tersebar didalam beberapa media sosial seperti Facebook dan juga WhatsApp..
Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni. Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..
Loh kata projek kenyir 2

Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.

Berapa org yg dimaklumkan perihal ini?

Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…

salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..

1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk .Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg

2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..

Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..

Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…

manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….

persoalannya Knp begitu?...

x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan Krn apa skrg baru berlaku?..

krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…

ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu

Sebelum kita pergi jauh, kita kena fahami dulu projek Empangan Kenyir 2 ini ada 2 empangan. Empangan utama iaitu Empangan Sg Puah yang ditambak tanah dan empangan sokongan iaitu di atas Empangan Sungai Puah iaitu Empangan Sungai Tembat yang dibina dengan konktik.

Ada 2 jenis binaan empangan dan kedua-duanya berfungsi dengan tujuan yang berbeza.

Empangan Puah guna cara cut and fill berbeza dengan pembinaan Empangan Sungai Tembat.

Empangan ini terdiri dari beberapa bahagian yang utama.

1-Empangan Puah
2-Empangan Tembat
3-Puah spillway
4-Access Road
5-Swicthyard
6-Turbain House
7-Terowong Puah
      -Intake
      -MAT (Main Access Tunnel)
      -Tail Race
      -ECV (Emegency Cable & Ventilation)

8-Terowong Tembat
      -Transfer
      -Access To Outlet.

Ini adalah Empangan Sungai Puah – empangan utama dalam projek ini. Telah siap sepenuhnya dan InsyaAllah tak musnah dan rosak.

Ini adalah keadaan Empangan Sungai Puah pada 29hb Disember 2014. Kuantiti air belum mencapai tahap maksimum kerana pintu air empangan ini ditutup pada 01/10/2014.

Boleh google berita ini kerana ada menteri yang datang merasmikan. Projek ini bukan projek rahsia, sila semak di laman web TNB dan kontraktor yang terlibat.

Mustahil orang politik tidak mengetahuinya seperti yang didakwa.

Ini adalah spillway yang telah siap sepenuh. Dalan pembinaan empangan, spillway adalah alur limpah iaitu tempat air keluar apabila takungan air di dalam empangan mencapai tahap maksimum.

Spillway ini kering kontang pada tarikh 17/12/2014. Air yang melimpah melalui spillway ini akan memasuki Tasik Kenyir.

Air yang keluar dari spillway akan melalui alur limpah ini ke Tasik Kenyir . Kawasan ini perlu dilimpahi air untuk sampai ke Kelantan dengan melepasi banjaran gunung di sekelilingnya.

Spillway dari arah dalam empangan… itulah level maksimim air di dalam Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu. Gambar ini pada 17/12/2014

Ini adalah paras air di Empangan Puah Intake iaitu laluan air yang akan memasuki tubin janakuasa pada 29/12/2014. Level air masih jauh daripada mencapai takungan maksimum. Lebih kurang 15 meter. Untuk takungan seluas tasik ini, 15 meter mungkin memerlukan beberapa bulan untuk dicapai.

Air yang masuk melalui Puah Intake ini melalui terowong masuk ke turbin dan menjana tenaga elektrik sebanyak 250Mwatt. Tenaga elektrik akan disalurkan ke swicthyard melalui ECV. Di swicthyard, elektrik akan melalui ‘transformer’ untuk dikecilkan dan dihantar ke seluruh negara melalui rangkaian kabel sedia ada.

Setelah memusingkan turbin untuk menjana elektrik, air akan di buang melalui Tail Race Tunnel ke Tasik Kenyir bukan juga ke Kelantan. Macam tu lah proses empangan hidroelektrik berfungsi.

Dakwaannya air di Tasik Kenyir jauh daripada takat bahaya kerana ditakung di empangan ini adalah benar! Tetapi dakwaan air tersebut melimpah ke Kelantan adalah tidak logik sama sekali kerana sekiranya air di dalam takungan ini mencapai paras maksimum, limpahannya tidak mungkin mendaki gunung sempadan negeri kerana air akan tetap mengalir ke hilir iaitu Tasik Kenyir.


Secara geografi, mana mungkin air mengalir ke hulu….memanjat gunung yang lebih tinggi daripada empangan. Kedudukan empangan ini lebih rendah daripada sempadan negeri.

Empangan ini pun belum penuh airnya, macam mana boleh melimpah ?

Ini pula Empangan Sungai Tembat. Inilah empangan kedua yang dibina untuk sokongan kepada empanan utama Empangan Puah. Gambar ini saya ambil pada 17/12/2014. Empangan ini tidak ditutup dan air masih mengalir melaluinya ke Tasik Kenyir.

Air tidak bertakung seperti yang didakwa. Empangan ini belum siap dan belum ditakung air. Kalau ada pun hanyalah limpahan air daripada hujan yang lebat pada waktu ini.

Kalau pun pintu Empangan Sungai Tembat ini ditutup, 2 minggu belum cukup untuk mengumpul air sehingga melimpah ruah ke Kelantan.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

3 orang berkata:

Unknown said...


zhengjx20160506
louis vuitton purses
coach outlet online
oakley outlet
louis vuitton outlet
hollister clothing store
michael kors outlet clearance
cheap oakleys
coach outlet store online clearances
air jordan shoes
oakley vault
ralph lauren
michael kors outlet
christian louboutin sale
north face jackets
ralph lauren polo
christian louboutin shoes
michael kors outlet online
michael kors
fit flops
nike roshe run
michael kors handbags
true religion jeans
michael kors handbags
cheap rolex watches
hollister kids
celine handbags
louis vuitton outlet
kd 8
adidas uk
burberry handbags
oakley sunglasses
cheap ray ban sunglasses
tiffany and co
lebron 13
kd 7 shoes
nike air max uk
air max
michael kors outlet
louis vuitton handbags
michael kors outlet

Unknown said...

2018323 leilei3915
ugg boots clearance
cheap nfl jerseys
lacoste clothing
fitflops sale clearance
polo ralph lauren
coach outlet
mont blanc outlet
kate spade handbags
mcm outlet
ralph lauren uk

miki said...

0813jejeNike produit de asics femme bleu marine bonnes baskets de sport dans les catégories Nike Males et Girls Sneakers, pour les hommes, basket nike cortez les femmes, les garçons et les filles individuellement. Néanmoins, en dehors chaussure nike homme promotion de vos aspects techniques derrière les baskets, il y a une histoire New Balance 996 homme supplémentaire qui rend ces chaussures particulières beaucoup plus attrayantes que beaucoup d'individus asics gel noosa tri 8 Chaussures ne le savent. Ils doivent faire cette activité avec une paire de chaussure hommes nike tn votre meilleur type de chaussures de marche qu'ils aiment, par exemple Nike, Adidas ou Sketchers.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.