TERKINI:Dua Bahagian Besar Pesawat AirAsia QZ8501 Ditemui
JAKARTA:
Pencarian yang memasuki hari ketujuh pesawat AirAsia yang dipercayai
jatuh sekitar Tanjung Pnada, Belitung Timur telah menunjukkan
tanda-tanda positif apa bila telah menemui dua objek yang besar.
Menurut
ketua Badan SAR Nasional Marsekal Madya Henry Bambang Soelistyo
mengatakan tiga kapal yang mempunyai sistem pengesanan dan pecarian yang
canggih dasar laut menemui dua objek yang cukup besar.
"Saya
pastikan dengan apungan minyak di permukaan air dengan terdapat 2 objek
besar di dasarnya saya yakin itu adalah pesawat yan gkita cari selama
ini" kata Soelistyo.
Salah
satu objek yang dikenalpasti dengan pengesanan sonar berukuran 9,2 x
4,6 x 0,5 meter manakala satu objek lagi berukuran 7,2 x 0,5 meter.
"Dua objek ini berada berdekatan di kedalaman 30 meter dari permukaan," kata Soelistyo.
Kapal
Geo Survey Baruna Jaya dan Kapal Singapore RSS Persistence telah
diarahkan sejak semalam ke lokasi itu dan telah menurunkan peralatan
remotely operated vehicle untuk mengambil gambar.
Namun, proses tersebut masih gagal kerana arus laut yang kuat dan ombak besar menggangu perjalanan proses tersebut.
Pesawat
Air Asia QZ8501 laluan Surabaya-Singapura disahkan hilang perhubungan
di sekitar Tanjung Pandan, Belitung Timur, pada pagi Ahad, 28 Desember
2014. Air Asia QZ8501 membawa 155 penumpang dan 7 anak kapal.
0 orang berkata:
Post a Comment