Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAPAK TAK GUNA

Kes kanak-kanak dikurung bapa akan disiasat

  • Mangsa ditempatkan di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya. Mangsa ditempatkan di wad kanak kanak Hospital Seberang Jaya.
1 / 1
JOHOR BAHRU - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyiasat kes kanak-kanak perempuan yang dikurung dan didera di Butterworth, Pulau Pinang.
 
Timbalan Menterinya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, siasatan dilakukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
"Kanak-kanak itu kini berada di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Kita (kementerian) akan mendapatkan laporan dari JKM Pulau Pinang dan sekiranya mahkamah keluarkan perintah, kanak-kanak itu akan ditempatkan di rumah penjagaan JKM,"  katanya.
 
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis Hari Keluarga Pusat Dalam Komuniti (PDK) Dun Johor Jaya, di sini, hari ini.
 
Hadir sama, Yang Dipertua Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (Juita), Datin Seri Rosni Omar.
 
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Susulan itu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.