Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAK TAK GUNA

Keterangan ibu tiri kanak-kanak didera diambil

  • Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim
1 / 1
BUTTERWORTH - Polis akan merekodkan keterangan ibu tiri kanak-kanak perempuan yang dipercayai dikurung dan didera di Sungai Dua di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, pihaknya akan memanggil wanita berusia 30-an itu dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.
 
"Setakat ini polis tidak pasti sama ada wanita itu terlibat dalam kejadian berkenaan (kurung dan dera) kerana siasatan masih dijalankan, tapi kami akan panggil dia untuk rekodkan keterangan.
 
"Selain wanita itu, mungkin polis akan rekodkan keterangan daripada beberapa pihak lain termasuk jiran-jiran mangsa bagi membantu siasatan," katanya ketika
dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Murid tahun satu tidak ke sekolah sebab didera]
 
Kanak-kanak berkenaan yang merupakan murid Tahun Satu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah di Sungai Dua yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Susulan itu, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai bapa mangsa bagi membantu siasatan.

Abdul Rahman berkata polis juga belum dapat merekodkan keterangan sepenuhnya daripada kanak-kanak itu kerana mangsa yang masih dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam keadaan trauma.
 
"Setakat ini keadaannya masih lemah dan diberikan rawatan serta pemeriksaan rapi oleh doktor di HSJ. Kami berharap mangsa dapat pulih daripada (trauma) dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Ditanya sejak bila mangsa dikurung di flat berkenaan, beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kanak-kanak itu dikurung lebih daripada seminggu dan tidak diberi makanan yang secukupnya.
 
Abdul Rahman berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak itu dan dipercayai wanita warga Indonesia berkenaan telah pulang ke negara asalnya.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang ditemui berkata dia pernah bertanya kepada bapa kanak-kanak itu berkenaan anaknya dan lelaki itu memberitahu anaknya mengikut saudaranya pergi ke Kuala Lumpur.

"Sejak minggu lepas memang tidak nampak kelibat kanak-kanak itu dan saya ada bertanya, cuma dia (bapa) jawab anaknya pergi ke Kuala Lumpur mengikut saudaranya.

"Penduduk di sini memang tidak sangka dia dikurung dalam rumah berkenaan kerana di situ tiada bekalan elektrik dan air, lagipun tidak pernah nampak bapa atau ibu tirinya masuk ke dalam (rumah tersebut)," katanya yang enggan dikenali. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.