Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MINYAK TURUN LAGI ?

TODIA!!! Harga Minyak Dunia Menjunam Lagi, Bila Pengguna Di Malaysia Bakal Menikmati Harga Murah Nie?... Jom Terjah!!!


NEW YORK – Harga minyak menjunam lagi semalam apabila diniagakan di bawah paras AS$50 setong untuk kali pertama sejak April 2009 berikutan petunjuk pasaran bahawa bekalan minyak mentah global melebihi permintaan pada tahun ini.

Minyak mentah Benchmark Amerika Syarikat (AS) menurun kepada AS$49.77 (RM178) sebelum kembali menokok sebanyak AS$2.65 (RM9.47) atau lima peratus untuk ditutup pada harga AS$50.04 (RM178.91) setong.

Pada Jun tahun lalu, minyak mentah diniagakan melepasi harga AS$107 (RM382.56) setong.

Namun, peningkatan pengeluaran di luar negara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) terutama di AS yang meningkatkan lagi pengeluaran ketika kelemahan ekonomi dunia telah memperlahankan permintaan minyak.

Keputusan OPEC pada November lalu untuk terus mengekalkan kadar pengeluaran mempercepatkan lagi kejatuhan harga bahan bakar tersebut.

Pertumbuhan ekonomi China yang perlahan dan pengukuhan matawang dolar AS turut menyebabkan harga minyak terus tertekan.

Sejak beberapa tahun lalu, pertumbuhan ekonomi China yang pantas menyebabkan permintaan minyak melambung.

Syarikat perbankan Citigroup kelmarin meramalkan mengurangkan ramalan harga minyak global pada tahun ini berikutan bekalan yang berlebihan.

Penganalisis Citigroup, Ed Morse dalam laporannya memberitahu, harga minyak global pada separuh pertama tahun ini akan membawa kepada ‘peningkatan terhadap lebihan bekalan, lebih tidak stabil dan bercampur-campur’.

Morse juga mengurangkan ramalan harga minyak mentah global kepada sekitar AS$63 (RM225.11) setong pada tahun ini berbanding ramalan awalnya iaitu AS$80 (RM285.85) setong.

Kali terakhir minyak mentah didagangkan di bawah harga AS$50 (RM178.66) setong adalah pada 29 April 2009. – AP

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.