Pas tidak bentang hudud Ahad ini
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan tidak akan membentangkan Rang
Undang-Undang Persendirian di Mesyuarat Majlis Pimpinan PR esok walaupun
mendapat desakan dari rakan pakatannya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, rang undang-undang itu diklasifikasikan sebagai ‘embargo’ dan hanya boleh dibentangkan di Dun atau Parlimen.
“Bagaimanapun kita telah bincang melalui jawatankuasa teknikal, kita panggil pengamal undang-undang, pensyarah-pensyarah, NGO termasuk dalam parti dan pakatan.
“Jadi Ahad kita tidak boleh bentang enakmen berkenaan, lepas pada itu (Parlimen) Insya-ALLAH,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini semalam.
Semalam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kelantan membentangkan enakmen hudud dalam mesyuarat pakatan yang dijangka dihadiri pimpinan tertinggi Pas, PKR dan DAP.
[ARTIKEL BERKAITAN: Semua hadir mesyuarat pimpinan PR]
Dalam masa yang sama, beliau turut menegur kerajaan Kelantan yang dikatakan lebih mengutamakan perlaksanaan hudud berbanding menyelesaikan isu banjir.
Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, tiada ada isu besar yang berbangkit memandangkan pembentangan rang undang-undang itu tidak melibatkan isu pokok sebaliknya sedikit pindaan kepada enakmen terbabit.
Menjawab dakwaan mengatakan PRK dan DAP tidak pernah melihat enakmen itu, Ahmad berkata, pihaknya beberapa kali telah mengadakan pembentangan kepada Pas Pusat.
Dalam pada itu, Ahmad menafikan dakwaan Anwar mengatakan kerajaan negeri tidak mengutamakan isu banjir sebaliknya memberi tumpuan dalam perlaksanaan hudud.
“Kerajaan fokus dalam isu kebajikan dan juga melaksanakan hukum ALLAH, kita buat bersama, tidak bangkit isu tersebut,” katanya.

1 orang berkata:
Anwar dah buta ke mengatakan kerajaan pas Kelantan lebih mengutamakan isu hudud dari masaalah banjir. Di mana Anwar semasa banjir besar melanda Kelantan tempoh hari? London, Paris atau New York? Yang kerajaaj Kelantan sedang berhempas pulas mendirikan rumah2 bagi mangsa2 banjir itu apa? Sedangkan Mahyuddin dan kerajaan pusat masih sibut memilih pelan dan bentuk rumah berharga 30-40k untuk dijual kepada mangsa2:banjir. Adakah Anwar masih berpendirian kerajaan Kelantan pastikan dulu banjir tidak akan berlaku lagi di negeri tersebut baru cerita mengenai hudud, sama seperti hujah bodoh beliau hudud cuma boleh dilaksanakan apabila sudah wujud keadilan sosial di negara ini.
Post a Comment