Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK LAWAN PASANG BESAQ !

Sembilan jam bina benteng pasir
Sembilan jam bina benteng pasir
Waktu awal pagi tidak menghalang penduduk Kampung Nelayan, Kuala Kurau bertungkus-lumus membina benteng sementara ban bagi menghalang air laut pasang besar memasuki rumah mereka‎. - Foto Sinar Harian

KUALA KURAU - Demi memastikan kejadian banjir akibat gelombang kedua air laut pasang besar tidak berulang, penduduk Kampung Nelayan, di sini sanggup menghabiskan masa sembilan jam membina benteng pasir di sepanjang ban kampung itu semalam.

Bermula jam 5 petang, lebih 50 penduduk kampung bersama anggota pelbagai agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Rela dan kepimpinan Umno Bahagian Parit Buntar bergotong-royong membina benteng tambahan ban dengan menggunakan guni pasir sehingga jam 2 pagi tadi.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Abu Bakar Md Ali berkata, sejumlah lebih 1,000 beg guni pasir dibekalkan pihaknya digunakan bagi membina benteng tambahan di setiap lokasi ban berisiko dilintasi air laut pasang besar.

"Kerja pembinaan benteng dilanjutkan sehingga awal pagi kerana pihak kami bersama agensi kerajaan bertanggungjawab turut memantau sama ada  paras ketinggian benteng tambahan mencukupi bagi menghadapi fenoeman air laut pasang besar.

"Perlaksanaan kerja itu turut dilaksanakan serta-merta pada petang tadi (semalam) kerana tinjauan di lokasi ban terbabit malam semalam(kelmarin) mendapati paras air laut pasang besar hampir melintasi ban," katanya kepada media sewaktu beliau turun padang meninjau kerja-kerja pembinaan benteng tambahan ban Kampung Nelayan, di sini awal pagi tadi.

Turut hadir Penghulu Mukim Kuala Kurau, Abdullah Yusof, Penghulu Mukim Bagan Tiang, Shahrul Nizam Razali dan kepimpinan JKKK Kampung Sungai Melan di sini.

Abu Bakar berkata, hasil tinjauan awal pagi ini,  masih belum ada rumah penduduk di Mukim Kuala Kurau dilaporkan dinaiki banjir air laut pasang besar.

Menurutnya, selain Mukim Kuala Kurau, pihaknya turut memantau keadaan air laut pasang besar di sekitar Mukim Bagan Tiang.

"Kejadian banjir air laut pasang besar mungkin tidak berlaku disebabkan keadaan angin normal dan ombak tidak kuat.

"Namun, langkah berjaga-jaga masih diambil semua pihak bagi memastikan kemungkinan impak negatif daripada fenomena itu dapat diminimumkan,"katanya.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Pasang besar lain mcm kali ini. Sbb air laut dah naik. Punca glasier kutub cair. Sbb suhu dunia naik. Punca suhu naik yg utama ialah pembalakan. Msia salah satu negara byk musnahkan hutan. Negeri giat pembalakan salah satunya kelate. Klate diperintah oleh siapa entah la...

Anonymous said...

Nak tanya .....

Ni cadangan yg hadi nak bentang tu "untuk luluskan rru 355" atau "untuk bawa kpd menteri".

Errrr...
Klu menang undi minggu depan ni, ruu 355 kompom boleh jadi akta ker atau tunggu keputusan menteri dulu?

Kompius la dgn syarat2 mesyuarat kat parlimen neh....

Anonymous said...

Pasang besar berlaku juga sbb angin kuat yg menybbkan ombak besar hingga 10 kaki hingga 10 meter (30 kaki)

Tau kenapa angin kuat???
Sbb penghalang angin makin pupus. Sbb apa? Sbb org rendahkan gunung. Sbb org dah tebang pokok2 hutan untuk kumpul duit buat beli banglo, bmw, alpat, ranger.... ada jugak kumpul duit byk2 mcm nak bawak mati je..kesan alam sekitar langsung tak pedulu. Kena pasang besar ni nanti keluarga derang mampooooss mungkin baru sedar kot.

Anonymous said...

Bukan nak lawan pasang besar. Tapi usaha utk mengurangkan kesannya. Tak kan nak peluk tubuh aje. Takkan nak doa aje tanpa usaha. Nak tawakkal pun kena la selari dgn usaha.

Mcm org politik juga la. Kena usaha klu nak menang pru 14. Tak cukup klu urut janggut sambil doa aje tanpa usaha.

Sbb itu la derang usaha buat benteng drp guni pasir. Mereka sedang berusaha selain berdoa dan bertawakkal.

Kita yg tak kena ni meh la tolobg berdoa untuk keselamatan kita dan bukan mengutuk, apatah lagi menyindir mereka dgn sinis.

Anonymous said...

Tak kan la nak peluk tubuh sampai rumah hancur kena banjir besar baru nak usaha halang. Patutnya usaha la halang pembalakan hutan simpan supaya banjir besar tak berlaku.

Doa memang disukai Allah. Tapi bukanlah doa tanpa usaha.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.