Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DR ASRI JANGAN MASUK CAMPUR POLITIK KERAJAAN

Sebaiknya Dr Asri jangan masuk campur urusan pemerintah negara.

Pemerintah tahulah apa yang dia nak buat, jangan ajar itek berenang.

Pemerintah sekarang bukan calang-calang pemimpin, dah dua kali jadi PIEM dan rakyat masih membuak-buak menyokongnya termasuklah Dr Asri sebelum mereka memerintah, ini semua orang tahu !

Tetiba semacam nak u turn je, apa hal ?

-Pak Karamu-

 

Pemerintah jangan fokus buru dosa peribadi

AddThis Sharing Buttons

Pemerintah jangan fokus buru dosa peribadi 
 
Dr Mohd Asri ditemui ketika wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan di Kompleks Karangkraf, hari ini.
 
(Ubah saiz teks)
 
SHAH ALAM - Pemerintah tidak boleh menjadikan agenda memburu dosa peribadi sebagai keutamaan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sebaliknya, pemerintah perlu memberi tumpuan kepada memburu dosa membabitkan hal ehwal awam.

"Dosa peribadi antara manusia dengan Tuhan, sementara dosa membabitkan hal ehwal awam akan merosakkan keselamatan awam. Ini mesti dibezakan.

"Silapnya pemerintah ialah apabila dia mencari dosa peribadi dan membiarkan dosa awam," katanya dalam wacana Sinar Harian ke-66 berjudul Islam di Era Pakatan Harapan hari ini.

Katanya, apabila pemerintah terlalu banyak fokus dosa peribadi, undang-undang yang dikuatkuasakan juga akan banyak menumpukan dosa peribadi.

"Ini seterusnya akan menjadikan pentadbiran institusi Islam tidak telus," katanya.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Pendosa baham duit 1mdb patut diburu, tak kira la walau pak lebai sekalipun. Akaun affin bank tu patut disiasat.

Anonymous said...

Nasharudin mat isa dah cabut lari ke? Lama tak nampak lebai tuu.

Anonymous said...

Pak karam kata dr.asri tu wahabbi. Apasal petik statement dia? Kan dah kotor blog ni. Tak geli ke?

Anonymous said...

Pak karamu saya runsing ni. Saya kena undi lokman adam ke? Tapi dia kaki kelab malam. Tak dosa ke undi dia? Dulu ayoh chik suruh lawan umno, la ni nak kena undi umno pulak. Kan bagus kalau pas letak calon mcm dr.zuhdi tuu. Senang laa saya nak pakoh.

Anonymous said...

Suke sangat baca statement bodoh anon 5.11 di atas,,,he he...tp,,org bodoh ni,,ada juge pengikut. Sbbtu pakatan hancing boleh jadi kerajaan .

Anonymous said...

suka sangat baca komen walaun bodo 6.37 he he walaun bodo mmg suka ikut lebai bodo. sebab tu tak pernah menang dalam pru. baru2 ni kalah lagi teruk kikiki

Anonymous said...

Saya pun suka baca komen anom 6.37 dan 10.00...Tapi yg paling suka baca post Pk Karamu....mufti tak leh campur urusan kerajaan....sokong sangat2 Pak Karamu....buat kerja baca doa dan tahnik jer.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.