Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAHADHIR PUKUL PADA DIRI SENDIRI

 MUNGKIN SALAH SATU ZAMAN ADALAH ZAMAN MAHADHIR YANG BAGI ORANG MELAYU JADI LEMAH.

ZAMAN MAHADHIR ADALAH ZAMAN SUAP KAT MULUT RAKYAT DENGAN PISANG, TAPI PUNGKOK MEREKA DIKAIT DENGAN PANCING.

APABILA MAHADHIR TERSEDAR MAKA DIA KENALAH PIKUL AKIBAT PERBUATANNYA SENDIRI.

RAKYAT SUDAH KENAL SIAPA MAHADHIR MUHAMMAD, DIA BANYAK BAGI KEPALA RAKYAT BERPUSING MACAM GASING.

ZAMAN SEKARANG BANGSA DAN AGAMA SUDAH JADI BUAH CATUR SEBAB NAK BETULKAN RAKYAT TAPI TERSILAP CATUR.

RAKYAT SUDAH MULA NAMPAK MULUT MAHADHIR SEDANG DIBERI PISANG TAPI BONTOTNYA SEDANG DIPANCING.

TAGGUNGLAH SENDIRI, RAKYAT TETAP BANGUN !

-Pak Karamu-

 

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir

AddThis Sharing Buttons

Rakyat kini lemah sebab kerajaan terdahulu?: Dr Mahathir
Dr Mahathir bergambar di ‘photobooth’ sebelum merasmikan majlis makan malam tersebut.
(Ubah saiz teks) 
 
SERI KEMBANGAN - Rakyat dinasihatkan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan jika mahu membina negara yang lebih baik.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan terdahulu ‘mengajar’ rakyat untuk bergantung kepada mereka lantas menyebabkan rakyat menjadi lemah.

Beliau mengibaratkan bantuan itu seperti rakyat bergantung kepada ‘tongkat’, jika tiada tongkat bermakna mereka tidak boleh berjalan dengan baik.

“Sebelum ini, kerajaan beri anda duit dan pelbagai perkara lain secara percuma, anda tak perlu berusaha pun. Bila bergantung sebegitu, rakyat tak boleh jadi kuat.

“Rakyat macam ada tongkat. Bila bergantung kepada tongkat, anda tak boleh bergerak dengan sendiri, terlalu bergantung kepada tongkat.

“Cuba kalau buang tongkat. Anda akan kuat sebab gunakan seluruh badan untuk sokong apa saja yang anda lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Makan Malam Ulang Tahun ke-3 Pertubuhan Perintis Malaysia (MyPerintis), di sini, malam tadi.

Tambah Dr Mahathir, beliau berharap generasi akan datang dididik untuk melahirkan sikap bertanggungjawab dalam setiap perkara dilakukan.

Beliau yakin negara membangun seperti Malaysia mampu berkembang pesat sekiranya rakyat bekerja keras, berdisiplin, dan boleh dipercayai.

“Saya harap kita boleh didik generasi masa depan untuk tidak bergantung kepada orang lain. Masa kecil, bergantung kepada ibu bapa.

“Namun bila mereka boleh jana wang sendiri, mereka perlu lakukan apa yang mereka rasa perlu namun perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum mengakhiri ucapan, Ahli Parlimen Langkawi ini sempat bergurau seolah-olah beliau bersedia berucap sebagai Perdana Menteri meskipun untuk tempoh 30 tahun akan datang.

“Saya harap 30 tahun lagi saya dapat buat ucapan ini,” katanya disambut gelak tawa dan tepukan gemuruh tetamu.

18 orang berkata:

Anonymous said...

Setuju dgn kenyataan tun madey. Berharap tongkat akan melemahkan diri di negara sendiri. Sebab itu Tun tak payah bagi royalti minyak kpd kelantan dan tengganu. Kalau diberi royalti nanti naik lemak. Royalti adalah sama dgn brim. Habiskan duit kerajaan tapi rakyat jadi malas dan peminta2. Mcm minta sedekah.

Anonymous said...

Ana suka oram klantam. Tak pelu bantuam sapa. Tak mintak duit bantuam. Usaha sendri bole kaya. Itu pasal oram klantam byk kaya mcm nik amar, amat yakob, nik abduh dan pak ya balak.

Masa najib bagi bring, barisam oram ambik bring palim panjam di klamtam. Ini tamda sudah jilat tapi tak memgaku. Dapat bring pegi cari betina kat seberang

~PakKaramu~ said...

Setuju sangat la,cukaipun jangan pungut dari akyat dan negeri kerana rakyat nak berdikari dan negeripun turut sama nak berdikari, tapi pusat jangan jadi penyamun sudah la ! hi hi hi

Anonymous said...

Jgn bg royalti. Nnt jadi peminta2. Biar bljar cari sdri

Anonymous said...

Klu nk duit petroleum sila gali sdri belakang rumah

Anonymous said...

Cukai pun tak byk mana. Ibarat bg seringgit nak mintak 100 ringgit. Kilang pun 7 bijik aje

Anonymous said...

Penang, selangor, johor, melaka tak ada royalti tapi paling maju di Msia. Nak maju pemimpin kena usaha lebih. Guna otak. Kalu cuma main politik, caci maki, carut marut, pikir nak tambah bini muds 24 jam sehari, mana negeri nak maju.

Anonymous said...

Tu pom kilang budu je yg byk. Cam ner nak ekspot kat mat saleh? Ayatola iran pom tak makan budu ngan kopok lekor la

Anonymous said...

Berapa sen sgt la pusat ambik dr kltn?

Anonymous said...

Kena bagi bro. Klu x bagi camner pas nak perintah negeri. Nak harap tabung milo mana cukup.

Anonymous said...

Nik abdoh sibuk suruh ahli undi lokman. Ingat lokman menang dia boleh bagi royalti ke? Jihad la turr

Anonymous said...

Klu nak royalti suruh hadi, amar dan zuhdi jumpa pm mintak maaf dan jilat balik kahak hijau masing2.

Anonymous said...

Bodoh nyer cadangan..

Anonymous said...

Cuba kau tanya bapak kau Jihad tu apakebenda nyer..
anak bebal bapak mesti baghal..

Ahmed Hamdy said...

Today, our company offers the best home services, which are indispensable for every home. Therefore, our company has been able to meet all the household services and services that the lady of the house needs and can not be dispensed with. Our role comes in the excellence that no company can achieve.
Furniture transfer company in Riyadh

Company cleaning tanks in Riyadh

Company cleaning houses in Riyadh

Swimming pool cleaning company in Riyadh

Company cleaning boards in Riyadh

Company Disclosures leaks in Riyadh

An insect control company in Riyadh

here

here

here

here

here

here

here

here

here

here

here

here

here

رضا 01220689236 said...

شركة مكافحة حشرات بابها
شركة تنظيف بابها
شركة نقل اثاث بابها
شركة تنظيف مجالس بابها
شركة تنظيف منازل بابها

رضا 01220689236 said...

شركة نقل أثاث بجازان
شركة نقل عفش بجازان
شركة عزل اسطح بجازان
شركة تسليك مجاري بجازان




شركة عزل خزانات بجازان
شركة مكافحة حشرات بجازان


شركة مكافحة حمام بجازان

رضا 01220689236 said...

/> شركة عزل اسطح بالجبيل
شركة عزل اسطح بالقطيف
شركة عزل اسطح بالاحساء
شركة عزل اسطح بالقصيم
شركة تنظيف مكيفات بالدمام

شركة تنظيف مكيفات بالاحساء

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.