Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DATO NAJIB KENA TANGKAP PASUKAN TASK FORSE

NAMANYAPUN DITANGKAP, TENTULAH TIDUR DALAM PENJARA

BERITA YANG BERKAITAN:

Najib bermalam di lokap SPRM


Najib

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, sementara menunggu pertuduhan di mahkamah esok.

Difahamkan, kenderaan yang membawa Najib tiba jam 4 petang tadi di ibu pejabat SPRM di sini.
Sebelum itu, Najib ditahan di kediamannya di Jalan Langgak Duta, jam 2.35 petang tadi.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan tangkapan dibuat terhadap Najib berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu, Najib akan dituduh jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.
Pada bulan lalu, Najib dua kali dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah berkaitan
SRC dan 1MDB yang sedang dijalankan oleh SPRM.

Himpunan solidariti buat Najib

AddThis Sharing Buttons

Himpunan solidariti buat Najib
Datuk Lokman Noor Adam
(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR - Satu himpunan solidariti akan diadakan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya malam ini sebagai tanda sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam berkata, himpunan juga sebagai tanda bantahan terhadap penganiayaan yang dilakukan ke atas Najib.

Katanya, rakyat Malaysia diseru untuk menyertai himpunan tersebut semalam dua jam bermula jam 9 malam.

“Mari kita korbankan masa untuk turun ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Najib dan rasa kecewa kita kepada pemerintah yang zalim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib akan didakwa esok pagi]

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan tangkapan terhadap Najib, pada jam 2.35 petang tadi berkaitan isu SRC International Sdn Bhd. Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Lokman turut mempersoalkan keperluan SPRM menahan Najib dan memaksanya  tidur di lokap malam ini.  

“Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri daripada proses perundangan? Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah?  

“Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Najib ke mahkamah bagi proses pendakwaan?,” soalnya.

10 orang berkata:

Anonymous said...

Mohon ahli pas seluruh negara buat solat hajat dan bacaan yassin perdana utk bersolidariti dgn najib. Kalau boleh majlis tu dipimpin oleh lebai hadi. Dulu lebai hadi dah tulis surat terbuka bela najib kali ni buat solat hajat pulak. Bacakan sekali doa pecah perut, doa laknat dan lain2 tu pada tun m. Amacam? Sama2 makan takkan nak biar najib tido lokap sorang2 kot?

Anonymous said...

win lah komen penjilat bangkai ni sekok..

Anonymous said...

Bijak nyer Tun MK.. sumbat Nuar & Najib dalam penjara..
Kurang bijak nyer Najib... hanya sumbat Nuar dalam penjara tak sekali Tun MK..
Kalau Nuar bijak.. jangan lupa sumbat Najid & Tun MK sekali dalam penjara (tu pun kalu sempat laaa)..

Anonymous said...

InsyaAllah nanti ada la lebai yg temankan tuan haji najib tido dlm lokap.

Anonymous said...

Sejarah PM Malaysia & Penjara..

PM Mahadir sumbat Anuar dalam PENJARA...
PM Abdullah keluarkan Anuar dari PENJARA..
PM Najib sumbat semula Anuar dalam PENJARA..
PM Mahadir keluarkan Anuar dari PENJARA.. dan sumbat pulak Najib (dalam proses)...
PM Anuar (kalu sempatlah) ???????

Anonymous said...

Mu macai si penjilat bangkai @ dedak geng agen cia. Audii ori tu

Anonymous said...

Sapa2 sapu 90 juta, 1 juta, 2 juta dah mula panas ponggong. Tunggu sikit hari lagi laaa

Anonymous said...

Madey akan sumbat eddy wong si penjilat bangkai dlm penjara

Anonymous said...

Madey aka MK...

Anonymous said...

Kalu PM Nuar ( kalu bernasib baik lah) BIJAK.. dia sumbat Tun MK & Najib sekali dalam penjara..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.