Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU355 UJIAN GETIR BAGI MAHADHIR dan P.H

ZAMAN BN KITA DAH TAHU PENDIRIAN UMNO, SEKALIPUN MCA, GERAKAN MIC DAN DEMIKIAN JUGA PARTI DARI SARAWAK  MENENTANGNYA.

BAGI KERAJAAN P.H BARU PIMPINAN MAHADHIR MUHAMMAD, SEBELUM MEMERINTAH DULU KITA DAH TAHU MEREKA JUGA MENENTANG RUU355. SETELAH MEREKA MEMERINTAH KITA TIDAK TAHU APA PANDANGAN MEREKA.

 JIKA MEREKA MENERIMA RUU355 MAKA ITU SUATU YANG LUAR BIASA DAN NEGARA MUNGKIN JASDI LEBIH HARMONI.

ANDAINYA MEREKA MENOLAK DENGAN BERBAGAI KERENAH DAN ALASAN , MAKA KEADAAN POLITIK NEGARA MUNGKIN GOYAH SEDIKIT DAN MUNGKIN JUGA BERLAKU KERETAKAN DI MANA-MANA.

-Pak Karamu-

 

RUU355: Apa pendirian Tun M?

AddThis Sharing Buttons

Akta
Gambar hiasan
(Ubah saiz teks) 
 
KOTA BHARU – Kerajaan negeri dinasihatkan untuk membuat perbincangan dengan kerajaan persekutuan bagi mendapat persetujuan melibatkan perbahasan RUU355 dibahaskan dalam di sidang Parlimen kali ini.

Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Pas juga boleh menguji Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk melihat sejauh mana pendirian pemimpin itu terhadap RU355.

“Sekarang perdana menteri keempat jadi perdana menteri ketujuh dan RUU355 hampir dapat dilaksanakan, kita di sini memberi sokongan. Kita berjaya menyakinkan kerajaan terdahulu dan mereka setuju.

“Tidak boleh ke kali ini, kita ' test' perdana menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad), kita buat apa yang kita boleh buat dan kita tengok apa yang mereka (Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan) boleh lakukan.

"Kita yakin rakyat bersama-sama kita untuk melihat sesuatu yang baik mengenai Islam," katanya semasa pada persidangan Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Beliau terdahulu bertanyakan soalan tambahan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Perkara yang sama turut dinyatakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) mengenai sikap dan pendirian perdana menteri tersebut sedangkan sebelum ini semasa menjadi perdana menteri keempat, beliau pernah menolak pelaksanaan kanun itu.

Menjawab persoalan yang diajukan, Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri optimis dengan perkara tersebut dan dan yakin sikap perdana menteri itu boleh berubah dengan mengambil contoh apa yang telah berlaku kepada tuntutan royalti yang pernah dinafikannya dulu.

“Insya-ALLAH kita akan rundinglah. Saya lihat sikap ini boleh berubah. Yang menafikan royalti sebelum ini pun perdana menteri keempat (Tun M) juga. Kita yakin sikap itu akan berubah juga nanti,”katanya.

25 orang berkata:

Anonymous said...

Dah boleh start di kelate n teganu. Kes buang bayi dah makin byk, pencuri balak pun dah makin ramai.

Anonymous said...

Nak buat hudud ke kelantan dan terengganu kena tunggu duit royalti minyak ke?

Anonymous said...

Tu la sebok nak uji org lain....Ganu ngan Kelate kan milik PAS. Buatlah kepimpinan melalui teladan.....Allah dah bagi 2 negeri tu....bila yg tu dah mula dan hasilnya baik, PRU 15 nanti kita pakat2 kempen undi Pas....

Anonymous said...

A - Asal

B - Bukan

A - Abdul

H - Hadi Awang

Anonymous said...

LAWAK KARTUN PALAGIAT TENTERA KACANG HIJAU DI HALAKAH....

Ketika minum teh tarik di warung milik ahli pas totok sg kandis. Tujuh walaunta berjanggut mengelilingi senaskhah Halakah pujaan hati. Ketawa berdekah2 kerana diingatkan katun ori.

Aku datang dekat. Aku tanya kenapa kartun baju kuning yg bukak karpet tu muka sebijik mcm tg Tontonvi dan tg zohdi? Walaun ramai2 tu tengok balik dan terus senyap. Aku tanya balik, yg baju merah tu kenapa muka sebijik zahid dan lokman?

Tujuh walaun aku tengok makin berkerut dahi. Aku kata, tentera kacang hijau tu saja nak pekena pemimpin hang tu!!

Seorang walaunta berbadan besar macam marah, ambik akhbar Halakah pujaan tu dan kasi renyuk masuk tong sampah. Aku cabut sebelum aku pulak kena hempok....

Anonymous said...

Kartun yg ori kat malaysiakini tu memang betul dan tepat. Dua pemimpin pas buka carpet untuk bagi laluan kepada calon umno, lokman adam. Di prk sg kandis memang betul pas tak bertanding sebaliknya beri laluan kepada calon umno. Amat tepat.

Anonymous said...

Di sg Kandis tu melayu islam ada 70% pengundi. Macamana nak daulatkan islam kalau tempat majoriti islam pun pas tak nak bertanding? Pas ada peluang besar sebab ramai melayu islam.

Mungkinkah pas akan bertanding di balakong yg pengundinya 60% kafir? Mungkin pas akan bertanding di Balakong dengan harapan untuk mengislamkan puak kafir kot? Baguslah mcm tu...

Anonymous said...

Jom ABAH!!

Unknown said...

Pas Bodoh... ABAH ( 'Asal Bukan Abdul Hadi)

Anonymous said...

oii agak2 laa nak cakap bodoh kat pas, pas ni parti ulamak laa. pas taknak bertanding di sg.kandis sebab itu strategi laa. lagipun pas mungkin taknak bertanding dibalakong pun sebab strategi jugak. kalau 2-2 tempat tu ph yg menang, org akan cakap umno yg kalah dan pas terus unggul tak kalah dalam prk. hahaha jgn main2 oo, ni strategi dr.zuhdi pakar strategik pas keh keh keh

#AsalBukanHadiAwang

Anonymous said...

Oleh sebab pas dah bagi laluan kpd umno untuk mengalahkan ph maka lebih cantik lagi jika hj hadi, nik amar, tontonvi, zuhdi, najib, rosmah, zahid, fuad zarkasi, nazri aziz, nik abduh dan hashim jasin turun bersama2 di sg kandis untuk berkempen membantu kemenangan lokman adam. Patutnya dibuat majlis hj hadi, rosmah dan hj najib untuk membentangkan kerjasama umno pas bagi memajukan permata. Hj hadi dan zuhdi dicadangkan memakai baju biru bn supaya pengundi pas tahu lambang umno yg bakal dipangkah dalam prk sg kandis.

Tinggal beberapa hari lagi maka budak2 pas berbaju hijau patutnya turun padang sama berkempen bersama lokman di sg kandis. Jika lokman kempen berseorangan tanpa penyertaan nik abduh, ditakuti ahli pas tidak kenal lokman. Buatlah ceramah oleh hj hadi tentang ruu355 dan hudud bersama rosmah serta sahrizat. Bagi makan nasi lemak free berlauk lembu fresh yang diternak di kondo untuk menarik sokongan pengundi.

Boleh juga buat sembahyang hajat di sg kandis yang diimamkan oleh nik amar. Doakan kemusnahan ph dan mat sabu tetapi doakan mic serta mca berbaik semula dlm bn.

Anonymous said...

Salah tu. ABAH - asal bukan abdul hadi awang

Anonymous said...

Palagiat karton pun bodoh. Tak pakai otak. Last2 kena batang hidung sdri

Anonymous said...

Nak buat kempen ABAH pun bodoh. Tak guna otak. Last2 kena kat batang hidung boss sendiri

Smart Pomen said...

Ntah la Dia org ni. Mcm tak pernah baca paper plak. Kalau tgk kes pelik 2 kan. Kelantan champion. Kes rogol jiran, bapak rogol anak, anak rogol adik, adik rogol adik tiri. Menodai Lembu jiran, haha tu aku Tambah. Awek pertama aku org pasir putih. Bile Aku cakap Kat mamber keje, org kelantan juga, Kami panggil Awe, Dia sorang je org kelantan Kat situ, ape dia cakap, Abis la Ko, Ko kawin je dgn Dia, habis adik beradik Dia akan angkut pegi rumah Ko. Tak Tau la Dia gurau je ape. Dan Kenapa aku tak kawin dgn Dia Pasal bapak aku tak bagi. Dia pun anak org berduit. Alasan bapak aku, Aku tak Tau, Dia tak nak cakap. Mak aku Kata Dia pernah duduk kelantan 10 tahun masa keje kerajaan dulu.. Alasan Kenapa tak bagi Aku kawin dgn budak tu dia terus bawak masuk kubur. Biase la org tua.

Anonymous said...

Apalah pas ni. Belum bertanding pun dah mengaku kalah. Mcm mna nak kasi menang ruu355?

Anonymous said...

Aku nak sangat tengok ruu355 tu lulus dan penerima dedah geng agen cia menjadi orang pertama kena rotan 100 kali. Aminn

Anonymous said...

Apa laaa budak kacang hijau ni...mana ada porntovi pakai serban pakai baju oren! Kih3

Anonymous said...

patutla harakah tak laku, ahli sendiri pun dah tak nak beli. byk sangat berita songsang, nak plagiat kartun pun tak reti. pak karam oii, hang beli harakah dak? atau tunggu harakah free?

Anonymous said...

ok sapa2 ahli pas yg belum buat infaq wajib bulan julai, sila buat dgn segera. kita perlukan duit tu utk kempen di sg.kandis dan balakong. ini jihad kita untuk parti abg besar, umno. harap maklum.

Anonymous said...

Pertama kali sebagai ahli pas , aku disuruh mengundi umno.
Adoiii rasa bersalah pada orang tua ku.

Anonymous said...

Boss u suruh u keluar mengundi. Tapi boss u tak benarkan u undi PH. Maknanya boss u suruh u undi parti apa yer??

Anonymous said...

Ada 2 calon. Satu guru tahfiz selalu lepak kat pusat tahfiz. Satu lagi bukan guru tahfiz dan kadang2 lepak kat kelab. U nak undi calon mana?

Anonymous said...

Pas boleh keluar fatwa lepak kat kelab mlm calon tu ok

Anonymous said...

karamu, hang undi lokman adam ka? atau hang undi guru tahfiz? aku engkar arahan sebab aku masih pegang pada amanat hadi; jangan undi umno. jadi aku undi pkr. takpa ka? atau masuk neraka jugak?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.