Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?

RULE OF LAW !!!

WOIT ??? NI SIAPA YANG NAK JAWAB ?

APA SUDAH JADI DI NEGARAKU INI ?

APAKAH INI SEMUA ? RAKYAT JUGA NAK TAHU NI !!!

-Pak Karamu-

 

Tun Abdul Hamid minta penjelasan pelantikan Malanjum

AddThis Sharing Buttons

Tun Abdul Hamid Mohamad
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meminta penjelasan daripada mana-mana pihak di Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan secara lanjut mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Katanya, ini kerana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif telah mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Ogos ini dan kini beliau sedang bercuti.

Menurutnya, pada 11 Julai lalu, pada jam 9.30 malam, Richard mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara dan timbul persoalan adakah beliau boleh mengangkat sumpah sedangkan Tun Raus belum mengosongkan jawatan tersebut.

“Walaupun Tun Raus telah memberi notis peletakan jawatan, ia hanya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018. Walaupun beliau bercuti, beliau masih memegang jawatan berkenaan.

“Memandangkan pelantikan Richard berkuatkuasa dengan serta merta, ia bermakna bahawa dari jam 9.30 malam pada 11 Julai 2018 hingga 12 tengah malam , terdapat dua orang Ketua Hakim Negara. Adakah pelantikan Richard sah,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.


Abdul Hamid berkata, Raus diberikan cuti taman (garden leave) yang membawa maksud bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak melakukan sebarang kerja semasa tempoh notis tersebut, namun tetap dibayar gaji.

“Itu mungkin amalan di sektor swasta yang mungkin juga diterima pakai di sektor awam yang melibatkan pegawai tadbir. Saya menghujahkan bahawa amalan itu tidak boleh dipakai kepada Ketua Hakim Negara yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

“Tiada siapa, termasuk perdana menteri mempunyai kuasa untuk membuang kuasa itu daripadanya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa upacara mengangkat sumpah tersebut dilakukan pada waktu malam yang mengejutkan semua orang.

“Adakah Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri begitu sibuk pada waktu siang sehingga ia perlu dilakukan pada waktu malam?

“Sekiranya Majlis Raja-Raja telah dirunding dalam mesyuaratnya pada 11 Julai lalu, mengapakah tergesa-gesa mengangkat sumpah pada malam yang sama?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut bertanyakan bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) bermesyuarat dan membuat cadangan kepada perdana menteri.

“Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu, Raus masih Ketua Hakim Negara walau apa pun pandangan seseorang mengenai pelantikannya. Pelantikannya tidak diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana mahkamah.

“Sepatutnya beliau (Raus) mempengerusikan mesyuarat itu walaupun sedang bercuti, beliau sepatutnya dimaklumkan dan mempengerusikan mesyuarat itu. Sekiranya beliau dan dan Tan Sri Zulkefli (Presiden Mahmkamah Rayuan) atas sebab-sebab tertentu tidak dapat mempengerusikan mesyuarat itu, orang yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu adalah  Tan Sri Ahmad Maarop (Hakim Besar Malaya). Dari segi protokol beliau lebih kanan daripada Richard,” katanya.

Tambah Abdul Hamid, beliau juga membangkitkan soal mengapakah badan kehakiman diwakili oleh ketua pendaftar.

“Beliau hanya seorang pendaftar, bukan seorang hakim. Jika Raus dan Zulkefli bercuti, selepasnya adalah Ahmad Maarop serta selepasnya terdapat banyak Hakim Mahkamah Persekutuan. Sudah tentu salah seorang daripada mereka boleh hadir,” katanya.

6 orang berkata:

Anonymous said...

oi karam, takde RAHSIA2 la bodoh. mmg depa nak lantik hakim baru sebab hakim lama dah sepatutnya bersara, bodoh!

Bukan main RAHSIA2 mcm pas. pas secara RAHSIA baham rm90juta duit umno. Bukan aku yg cakap, nik abuduh yg mengaku pas baham duit umno. dia mengaku dlm pertemuan RAHSIA dgn din ayam dan suara tu sah suara nik abuduh.

Anonymous said...

Kalu hj hadi yg dilantik barulah ana setuju

Anonymous said...

Brunei yg mengamalkan hudud juga melantik steven sebagai peguam negara.
Yang aku marah , seorang lagi parti nyamuk yg sepatutnya pupus selepas pru 14 telah dipilih oleh Tun menjadi Speaker...Adoooiiii

Unknown said...

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [2113] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus .
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu KI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI? bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-333-222-717)))
insya allah anda bisa seperti saya?menang NOMOR 427 JUTA ,

PESUGIHAN DANA GAIB

PESUGIHAN UANG BALIK

DAN PESUGIHAN TUYUL

Anonymous said...

Kuat sungguh nyalakan anjing anjing tu...

Anonymous said...

ANA TAU.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.