Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RULE OF LAW, MANA ADA DALAM PAKATAN HARAPAN ?


DALAM PAKATAN HARAPAN MANA ADA POINT OF ORDER !

SEBAB ITU PROSES PERLANTIKAN BERJALAN TERUS.

TAK MAIN LA POINT OF ORDER !

DAN TINDAKAN KHAIRY JAMALUDDIN DAN ANIPAH AMAN TAK KELUAR DEWAN MENUNJUKKAN DALAM UMNO MASIH ADA DURI DALAM DAGINGNYA,

SEMENTARA ITU:

Keluar dewan hanya sandiwara 

AddThis Sharing Buttons

Keluar dewan hanya sandiwara



  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap tindakan pembangkang keluar dewan bagi membantah pelantikan Speaker Dewan Rakyat sebagai satu sandiwara.

-Pak Karamu-

 

MP BN, Pas keluar dewan

AddThis Sharing Buttons

MP BN, Pas keluar dewan
Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati dengan perlantikan Speaker Dewan Rakyat. - Foto: Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

(Ubah saiz teks) 
 

KUALA LUMPUR - [ DIKEMASKINI] Ahli Parlimen BN dan Pas keluar Dewan Rakyat sebagai tanda boikot pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, Datuk Mohd Ariff Md Yusof.


Protes ini tercetus kerana pelantikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat ke-9 pada hari ini menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Ketegangan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat,Datuk Roosme Hamzah bangun mengumumkan pelantikan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, tiba-tiba ahli Parlimen BN dan Pas memintas menyatakan lantikan itu tidak sah.


Roosme memaklumkan hanya satu nama yang diterima untuk pelantikan jawatan tersebut.

Ketegangan bermula apabila Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes terhadap prosedur pencalonan dengan merujuk kepada 'Point of Order' namun proses pelantikan diteruskan.


Tindakan itu mengundang kritikan daripada ahli Pembangkang yang lain dari Pas dan BN.

Mereka kemudian bertindak untuk keluar Dewan.


Bagaimanapun, menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu-Muar) melalui kenyataan di Twitter, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (BN-Masjid Tanah) tidak menyertai ahli parlimen pembangkang lain keluar dewan.


Difahamkan, Datuk Seri Anifah Aman (Umno-Kimanis) turut tidak meninggalkan dewan.


Pencalonan Mohamad Ariff dicadangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (Pakatan Harapan- Langkawi) dan disokong Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pakatan Harapan- Pandan).


Mohamad Ariff, 69, dari Sungai Petani, Kedah, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London (London School of Economics), dan memulakan karier pada 1974 sebagai pensyarah undang-undang sebelum diiktiraf sebagai profesor madya di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya.


Dari 1993 hingga 1995, Mohamad Ariff bercuti daripada pengamalan undang-undang untuk menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang baru ditubuhkan ketika itu, sebagai Pengarah pertama Jabatan Penyeliaan Pasaran.

1 orang berkata:

Metwaly Shahin said...

هل تبحث عن شركة متخصصة فى خدمات التنظيف بالطائف بافضل المعدات والسوائل وثقة تمة فى العمل ودقة فى النتائج كل هذه المميزت توفرها شركة الخليج الشركة الافضل والامثل فى الخدمات المنزلية بالطائف وبما اننا الشركة الافضل والامثل بدون منافس سوف نسعى لتوفر افضل الخدمات باقل تكلفة وبقدر كبير من الاهتمام والدقة عزيزى اينما كنت فى اى منطقة ا وحى تابع لمدينة الطائف اتصل بنا وسوف نصلك فى الحال شركة الخليج للخدمات المنزلية شركة تنظيف منازل بالطائف
شركة تنظيف فلل بالطائف
شركة تنظيف خزانات بالطائف
شركة تسليك مجارى بالطائف
شركة رش مبيدات بالطائف
شركة مكافحة نمل ابيض بالطائف
شركة مكافحة حشرات بالطائف
شركة عزل اسطح بالطائف
شركة عزل خزانات بالطائف

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.