Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK TUNAIKAN MANIFESTO TAK BERDOSA !

MANIFESTO TIDAK TUNAIKANPUN TAK MENGAPA, IA TAK TERHUKUM BERDOSA, KAN KE ITU MUFTI DAH CAKAP ?
JIKA MANIFESTO ITU DIANGGAP MEMANCING IKAN BODOH, MAKA ITU TAK ADA HAL, MANA ADA IKAN CERDIK ?
RAKYAT MALAYSIA MEMANG TIDAK FIKIR SANGATPUN TENTANG MANIFESTO TU, ITU HAL KECIL SAHAJA.
ADA MANIFESTO ATAU SEBALIKNYA , RAKYAT TETAP SELESA HIDUP DENGAN KEPERLUAN HIDUP HARIAN, SO TAK DE HAL PUNYA !!!
TAK PAYAH SEBOK SOAL MANIFESTO, RAKYAT DAH SELESA DENGAN SELERA YANG ADA  JIKA DI BANDINGKAN WAKTU ZAMAN JEPUN DULU ! HI HI HI
KITA ADALAH RAKYAT MALAYSIA YANG MURAH HATI, MUDAH MEMA'AFKAN KETIKA MAMPU MEMBALAS DENDAM.
HIDUUUP PAKATAN HARAPAN !!!
KAMI, KITA WORANG AND KITA OLANG SEMUA BERDIRI BELAKANG !!!

-Pak Karamu-

 

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?

AddThis Sharing Buttons

Sempatkah PH kotakan janji 100 hari?
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
(Ubah saiz teks) 
KUALA LUMPUR - Mustahil kerajaan melaksanakan manifesto 10 janji dalam 100 hari berdasarkan apa yang telah dicapai setakat ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tidak banyak janji daripada asas perjanjian PH selesai menjelang tempoh 100 hari.

Menurutnya, beliau memahami kekangan yang dihadapi kerajaan terutama dalam menggubal perkara tertentu untuk melaksanakan manifesto tersebut.

"Contoh janji kerajaan mahu hapuskan hutang peneroka Felda dan tol.

"Saya pelik macam mana mereka boleh buat manifesto sebegitu sedangkan ia sememangnya sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Beliau juga turut merasakan kerajaan memerlukan waktu yang lama untuk melaksanakan kesemua manifesto tersebut.

"Bagaimanapun caranya, janji itu perlu dilaksanakan. Saya lihat rakyat buat perubahan besar menumbangkan BN kerana PH sudah berjanji.

"Tetapi sehingga sekarang, sudah 83 hari, rakyat berhak marah dan perlu penilaian semula terhadap jani tersebut," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, setakat hari ke-83 pentadbiran Kerajaan PH, rakyat dan pembangkang masih menanti kemampuan 10 manifesto itu dilaksanakan menjelang hari ke-100.

"Pada hari 101 nanti kita akan persoalkan semula janji-janji ini.

"Namun setakat ini, kita tak nampak apa-apa yang ditunaikan lagi.

Ahli Parlimen Parit Sulong itu juga menyatakan, setiap kali ditanya usaha kerajaan untuk melunaskan janji-janji itu mereka akan bangkit kononnya hutang negara masih banyak sebab itu manifesto masih belum dilaksankan lagi.

"Bila dah berjanji kenalah tunaikan, kalau buat manifesto mesti dalam rangka kemampuan sesuatu part itu, tapi tak dibuat begitu.

"Kalau tak boleh tunaikan, janji itu akan bertukar angan-angan sajalah. Janji manifesto bukan gula-gula kosong kepada rakyat supaya dipilih rakyat, jangan menipu," ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menepis isu dimainkan BN sepanjang kempen PRK Dun Sungai Kandis, kononnya kerajaan PH gagal melaksana manifesto PRU14 lepas dan mempertahankan hak orang Melayu serta Islam.

Sebaliknya, Presiden PKR itu secara sinis bertanyakan semula kepada BN tempoh PH menjadi kerajaan Persekutuan berbanding BN yang sebelum ini menerajui pentadbiran kerajaan.

17 orang berkata:

Anonymous said...

manifesto pas di kelantan bila nak tunaikan? 20 tahun tadbir kelantan tapi masih tak tunaikan manifesto.

Anonymous said...

ph tak janji nak bagi royalti minyak pada kelantan dalam manifesto, so lebai tak payah susah2 terhegeh2 nak tuntut.

Istiqamah said...

Kalau janji tapi tak tunai, itu penipu namanya. Ini puak ada ciri munafik..

Anonymous said...

Manifesto nak buat lebuh raya dah berapa lama dah? Munafik tak?

Anonymous said...

Tak ada dlm manifesto. Tak perlu tunaikan. Klu tunaikan jugak kira sudah mengkhianati undi majoriti rakyat yg undi PH.

Anonymous said...

Madey kata nak kasi 20% royalti, walaUNTA dan walaUNTIT dah menitik2 air liur mcm nampak tulang.

Anonymous said...

Manifesto ph nak stabilkan harga petrol. Alhamdulillah, harga petrol dah stabil tak turun baik lagi.

Anonymous said...

Manifesto ph nak hapuskan gst. Sekarang gst dah 0%. Ok la, dulu klu belanja 100 kena bayar rm106. Sekarang hanya perlu bayar rm100 je. Rm6 lagi boleh sedekah kat fakir miskin.

Anonymous said...

Dulu menentang umno jihad dan mati syahid. Sekarang undi umno jihad dan mati syahid?? Kesian syuhada memali

Anonymous said...

Menangguhkan semula bayaran ptptn hingga gaji 4000. Dlm proses untuk dilaksanakan. Nama pun dah tak kena senarai hitam. Tak kira anak dap, umno, pkr, pas, amanah.... Alhamdulillah klu nak gi tehran jumpa ayatola syiah pun dah boleh dah

Anonymous said...

Siasat skandal institusi dan 1mdb. Ini sedang rancak berjalan. Ramai dah kena tukar dan akaun dibekukan. Audio geng agen cia pun sedang dlm siasatan. Tahniah

Anonymous said...

Manifesto mengkaji semula projek mega kpd negara asing pun sedang rancak dijalankan. Projek dgn china dan spore yg bilion2 dikaji semula, ditangguh atau disiasat oleh sprm. Tapi manifesto ini amat ditakuti oleh umno dan klantan sbb takut jln ketapi tak jadi buat. Ok la dapat jimat banyak bilion turrr.

Anonymous said...

manifesto Meningkatkan taraf perkhid kesihatan. Sedang berjln. Doktor akan ditambah secara kontrak. Monopoli jualan ubat disiasat. Masa nenunggu 1 jam. Klinik 1Msia yg tak efisyen akan ditutup dan yg ok ditukar nama dan diletak MO. Pakaramu tahu tak apa MO?? Bukan money order tau.....

Anonymous said...

6 drp 10 dah laksana. 4 masih dlm kajiann. Jadi kena sabar sbb sabar sebhgn iman. 60 tahun kena tipu tak kan tak boleh sabar setahun dua. Jadi jgn lah guna agama utk tipu dan fitnah walaupun dah ada tiket no keahlian pas.

Anonymous said...

Manifesto ph nak "stabilkan harga minyak". Mcm mna pulak ada walaunta dan walauntit boleh tukar jadi "menurunkan harga minyak rm1.50"??

Putar alam betul. Tak baik memandai2 tukar orang lain punya manifesto. Bodoh ker hapa??

Anonymous said...

Hapus gst - /
Siasat 1mdb - /
Stabil myk - /
Tingkat kesihatan - /
Kaji Projek mega - /
Tangguh ptptn - /
Kwsp bini - kajian.
Gaji minimum - kajian.
Hapus tol - kajian.
Status sabah swak - X

Anonymous said...

Pru 13 dulu:

Turun harga kereta - X

Buat high way ktan - X

Laksana hudud ktn - X

Bagi peluang kerja - X

????????

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.