Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PILIHANRAYA KECIL LAGI DI SELANGOR

20 July 2018

ADUN Balakong Maut Kemalangan



KUALA LUMPUR 20 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, 40, maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 11.7, Lebuh Raya Grand Saga, Cheras tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, Tien Chee yang memandu bersendirian kenderaan Nissan X-trail maut di tempat kejadian.
Difahamkan, lori yang terlibat dalam kemalangan itu milik syarikat Grand Saga.
Turut terlibat dalam kejadian ialah kereta Perodua Myvi yang melanggar belakang kereta mangsa kerana tidak sempat mengelak.
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaannya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof mengesahkan kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.- UTUSAN ONLINE

9 orang berkata:

Anonymous said...

Tak bertanding lagi puak pas jadi balaci umno mengalah memanjang.
Kesian

Anonymous said...

Mana lebih bermaruah
1) Keluar dari pas dan terus menentang rejim umno
2) Stay dalam pas tapi beri undi pada umno
* Aturan yang ditegaskan oleh umno pada pas supaya mengundi umno di Sri Kandis *

Anonymous said...

Sg kandis, pas beri laluan pada umno. Harap2 di balakong umno pulak beri laluan pd pas. Tu pun kalau hadi berani nego dgn zahid laa. Berani ke?

Anonymous said...

Apa kata....utk berlaku adil, kali ini bagi PAS pula tanding di Balakong. Barulah harmoni antara PAS dan BN.

Anonymous said...

insyaAllah. dengan kekuatan jentera pas dan disokong jentera umno serta malaikat sebagai pengundi, pas akan menang besar di kawasan cina kafir harbi. jadikan balakong sebagai tapak permulaan gelombang ijau untuk merampas putrajaya. cuma hadi perlu berani berunding dgn zahid, jgn takut2. takkan selamanya nak ikut telunjuk umno?

Anonymous said...

Blog sampah ni lagi baik dari harakahdaily. Sekurang2nya pak karam siarkan komen pembaca, takde tapis2. harakah mcm pondan. Tahniah pak karam, teruskan berkempen utk pas walaupun dah kalah teruk haritu. Salute!

Anonymous said...

PRK ke-1: Selangor (DUN)
PRK ke-2: Selangor (DUN)
PRK KE3: Selangor (Parlimen)
PRK ke-4: Kedah (Parlimen)

Anonymous said...

Parok puak pakatan hancing ni dulu pas tanding 3 penjuru pru 14 kata pas bagi laluan mudah kat bn la ni pas tak masuk prk kandis kata undi umno pulak.. Kencing merata puak ni

Anonymous said...

Komen bertaraf longkang drp PH drp orang yang sama tanpa nama..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.