Salahuddin, Tuan Ibrahim, Husam menang
SHAH ALAM - Salahuddin Ayub (penyandang), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,
Datuk Husam Musa (penyandang) menang dalam pertandingan merebut jawatan
Naib Presiden pada pemilihan Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Stadium
Melawati, hari ini.
Salahuddin memperolehi (917) undi manakala Tuan Ibrahim memperoleh undi (849) dan Husam (520).
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar memperoleh 504 undi dan Abu Bakar Chik hanya memperoleh 324, kalah dalam perebutan jawatan tersebut.
Keputusan ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi sebentar tadi.
Keputusan pemilihan Naib Presiden Pas yang sepatutnya diumumkan semalam namun ditunda hari ini kerana proses pengiraan semula terpaksa dilakukan berikutan terdapat perbezaan kiraan kertas undi calon.

0 orang berkata:
Post a Comment