Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERPECAH ?

APAKAH PERMASALAHAN JAWATAN MB LEBIH BESAR DARIPADA HUDUD ? Pak Karamu
 
PR mungkin berpecah kerana isu MB
  • Dr Hilmi Dr Hilmi
1 / 1
GEORGETOWN - Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya tidak menolak kemungkinan PR akan berpecah berikutan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.
 
Katanya sudah nampak perbezaan dalam Pas apabila majoriti ahli parti itu menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar tetapi ada yang mempertikaikan suara majoriti itu.
 
Perbezaan dalam Pas itu dilihat apabila Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar tetapi Timbalannya, Mat Sabtu dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar secara terbuka mempertikaikan pendirian itu.
 
"Kemungkinan besar berlaku (perpecahan). Di politik apa yang boleh berlaku akan berlaku dan ia tidak mustahil.

"Kita tunggu dan lihat," kata Hilmi, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, kepada pemberita pada jamuan malam sempena Aidilfitri di sini, semalam.
 
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membayangkan kemungkinan PR akan berpecah kerana krisis Menteri Besar Selangor.

Guan Eng dipetik berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival
gabungan itu tergugat.
 
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Abdul Hadi menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR untuk mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Sementara itu, jamuan malam sempena Aidilfitri, yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Balik Pulau, turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.
 
 Jamuan yang dihadiri lebih 10,000 orang itu diadakan secara sederhana bagi menghormati tragedi MH17 yang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai lepas. - Bernama

6 orang berkata:

Anonymous said...

Hidup nak senang, nak kuasa , nak nama bukan nak cari redha allah. Ketiga2 perangai ni ada dlm pemimpin2 hari samada BN @ PAKATAN...x leh pakai.

Anonymous said...

saya ingat saya jenis pelik tak mahu menyokong mana2 dan menganggap sesmua kita semuslim sama bersaudara tiada lebih tiada kurang..,ada jugak kawan..tol 2 sama je perangai org politik ni..hudud Allah itu tertakluk pada kekangan kuasa Allah/quran dan sunnah..tapi hudud yg kita cuba nak buat ni tertakluk pada kekangan kuasa sistem demokrasi berparlimen..ianya dibawah kehendak manusia teramai...sistem ini memerangkap manusia yg baik dan mulia dgn meletak agama tertakluk dibawah ketentuan undang2 manusia..risiko yg mungkin seorang perompak pub mungkin x berani nak buat..sbb tu dalam islam sentiasa ada 1 lagi pilihan yg kita lupa,iaitu BERLEPAS DIRI..nabi saw dulu berlepas diri dari semua sistem mungkar walau ditawar kuasa..mana mungkin islam duduk akur dibawah sistem kuasa manusia..ada nampak tak ini perangkap sangat canggih bang?

Anonymous said...

tiada perangkap hidup yg lebih besar setelah kita buat ada "sesuatu" yg lebih tggi dari Allah..ini pandangan peribadi saya yg sekolah pun x sebarapa la..mungkin ada pendapat berbeza dr org yg sekolahnya lebih tggi..terpulang la kan..ini politik demokrasi buat kita sesama muslim jadi mcm monyet..saya kata mcm ni sebab saya x menyokong mana2 dan nampak perangai org politik tanpa bias..katalah PKR suruh anak karpal singh bersuara isu mb slangor,mungkin kita jadi lembut sebab dah sedia maklum org2 politik hanya berani sesama muslim..tengok di mesir mereka bunuh sama sendiri tapi bila sedara palestin dia kena bunuh dia menikus,inibla sikap pendukung politik demokrasi..kita sama kita tunjuk hebat,kafir jentik hidung kita,cair la..baru jentik hidung je.
maaf zahir batin

Anonymous said...

Tiada suatu kuasa pun yg boleh menghalang sistem yg allah cipta. Kita sebagai manusia yg cari alasan utk tidak mahu melaksanakan. Terpulang apa hujjah yg dibawa..sbg pemerintah yg bergelar muslim wajib laksanakan perundangan allah. Tiada ayat @ hadis yg menasakhkan ayat arahan ini kalau ada sbb lain yg lebih besar. Tiada yg lebih besar melainkan perintah..

Anonymous said...

perintah perlu diusahan dgn izin Allah bukan izin undi manusia/izin sistem manusia...kalo nak buat parit boleh discus ngan kafir/manusia,nak buat hudud jgn tanya kafir/manusia..ape langkah pertama nabi saw usahakan agama dulu?itu la langkahnya bukan letak agama dibawah "sukahati/undi" manusia...bilik x boleh bersih kalo penghuninya pengotor..sama la,negara akan beragama jika penghuninya ada agama bukan bila ada parti politik yg berjaya dapat kuasa..langkah yg nabi saw buat ialah sampaikan agama pada setiap manusia..apabila manusia semua beragama kafir hilang telo,disco x wujud,ini fakta..org islam zaman nabi dulu ditakuti kafir ketika nabi saw belum dkurniakan kuasa lagi..kuasa ialah 1 kurnia setelah agama sempurna disampaikan..kalau saya berbohong sila rujuk sunnah/sirah nabi saw..kita sekarang terbalik,meyakini kekuasaan hingga x peduli walau terpaksa merebut/meletak agama dibawah sistem manusia..agama tertakluk bawah kehendakvmqnusia..buktinya masabkarpal singh hidup betapa terkial2 kita perlukan izin dia..?kalo dia setuju kena mintak izin parlimen pulak,kalo parlimen setuju kena mintak izin rakyat pulak di pru akan dtg,kalo rakyat x beri setuju melaui undi..kena bodek dorang lagi..tggi ke agama jika kena mintak izin manusia..kalo buat parit depan rumah bolehla mintak izin manusia...ni nak jalankan perintah tuhan baiii...

Anonymous said...

kalo nak buat parit depan rumah bolehla mintak izin/undi manusia..nak usahakan perintah tuhan mana boleh letak perintah tuhan tu di bawah kehendak/undi manusia..kalo perintah makcik bedah sebelah rumah bolehla kita discus2kan/mintak izin dgn ahseng,gopal,abu dan raju dulu...ini perintah tuhan..tuhan suruh kita solat kita jangan tanya raju boleh atau tidak,kita jangan tanya penduduk kampung kita boleh ke tidak..bila nak solat fardhu waktu bekerja jgn mintak izin bos,sebab samada bos bagi atau tak solat fardhu tetap wajib,tapi bila kita mintak izin bos boleh atau tak untuk bersolat fardhu, saat itulah seorang penyamun yg faham akan hal ni pun xkan berani ambil risiko berbuat begitu walaupun dia penyamun..cukup la sekadar menghormatinya dgn bagitau "bos,saya nak pergi solat"..
sama la,tuhan suruh buat hudud apa pasal kena mintak izin/undi semua manusia dulu?x betol sistem ni 1 perangkap?sepatotnya cukuplah sekadar bagi tau "wahai pkr,wahai dap kami nak buat hudud"..cubalah kalo boleh..nescaya kita x mampu sebab kita telah letak agama tertakluk dibawah sistem yg PERLUKAN IZIN2 SELURUH MANUSIA...berlepas diri ialah 1 pilihan yg diberi oleh agama jika terpaksa adakan sesuatu yg lebih tggi dari tuhan...ingat,ini bukan perintah makcik bedah sebelah rumah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.