Tuesday, July 1, 2014
Korang Percayakah?
Atau adakah beliau menjadi korban kuasa bodek?
Naib canselor nafi campurtangan politik tukar pengarah UMcedel
Naib canselor nafi campurtangan politik tukar pengarah UMcedel
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 1 July 2014
Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin-Naib Canselor Universiti Malaya
Naib Canselor
Universiti Malaya (UM) Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin menafikan
wujudnya tekanan politik daripada Kementerian Pendidikan sehingga
menyebabkan peletakan jawatan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan
Pilihan Raya UM (UMcedel), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.
Amin berkata,
keputusan menggugurkan Redzuan dibuat selepas mengambil kira kepentingan
universiti dan tidak ada kaitan dengan sebarang tekanan daripada pihak
luar.
"Keputusan
diambil selepas Universiti Malaya mengambil kira tempoh persaraan
Profesor Mohammad Redzuan pada tahun depan dan memberikan peluang kepada
timbalannya, Dr Amir Saifude Ghazali menyesuaikan diri dengan
tanggungjawab sebagai pengarah badan kajian bebas.
"Walau
bagaimanapun, Profesor Mohammad Redzuan masih boleh menyambung
kepakarannya sebagai ahli kumpulan penyelidik UMcedel dan sebagai
seorang profesor di Jabatan Sejarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
"Pengetahuan
dan kebijaksanannya sudah tentu akan menjadi aset dalam mengembangkan
kajian politik dan menjadikan UMcedel sebagai badan kajian politik ulung
di negara ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengenai isu
dekan fakulti, Amin menjelaskan bahawa jawatan itu merupakan jawatan
pentadbiran, apabila Naib Canselor berkuasa melantik selama sepenggal (2
atau 3 tahun) dan mengikut proses pemilihan.
Katanya,
Redzuan sudah berkhidmat selama dua penggal (3+2 tahun), dan pelantikan
timbalannya Prof Dr Md Sidin Ahmad mampu memberi kestabilan pelan jangka
panjang fakulti.
"Pelantikan
Prof Md Sidin bertepatan memandangkan beliau adalah bekas Timbalan Dekan
(Pasca Ijazah) Fakulti Sastera dan Sains Sosial selama lima tahun dan
calon terbaik bagi menyambung budaya penyelidikan yang terbaik di
fakulti," katanya.
Jelasnya, proses pelantikan dekan merupakan amalan pemilihan biasa selepas tempoh khidmat mereka berkahir 30 Jun 2014.
Proses itu
bermula dengan permohonan daripada staff akademik, pengundian oleh
kakitangan fakulti, kemudiannya ke peringkat temuduga dihadapan panel
yang dilantik dan diketuai oleh Naib Canselor sendiri.
Katanya, UM
menjalankan pengundian pada 10 dan 12 Jun lalu dan temuduga diadakan
dengan tiga calon finalis antara 17 Jun dan 20 lalu.
Subseksyen 24
(4) Perlembagaan UM turut menyatakan, Naib Canselor hendaklah melantik
seorang dekan/pengarah daripada tiga calon disenarai pendek yang
menerima markah tertinggi.
Redzuan
merupakan seorang daripada tiga calon yang disenarai pendek, selain Md
Sidin Ahmad dan Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah.
Selepas
berbincang panjang, pihak pentadbiran memutuskan melantik Md Sidin, 55,
sebagai dekan baru dan menggantikan Redzuan, 59, yang dijangka akan
bersara pada tahun depan," katanya.
Peletakan
jawatan Redzuan sebagai Pengarah UMcedel didakwa akibat berlakunya
campurtangan orang politik yang tidak senang dengan hasil kajiannya
seakan mesra Pakatan Rakyat.
Jawatan dekan
fakultinya juga tidak dilanjutkan kerana membuat kajian tentang sokongan
kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih besar
berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa PRU13.
Redzuan semasa
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada Februari lalu turut membentangkan
hasil kajian mengenai penerimaan rakyat jika Anwar dilantik menjadi
Menteri Besar Selangor.
Bekas Timbalan
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam responnya
terhadap nasib Redzuan turut mengumumkan perletakan jawatannya sebagai
Felo Penyelidik Kanan UM atas alasan prinsip kebebasan akademik dan
solidariti. – 1 Julai, 2014.
Posted by
mountdweller
1 orang berkata:
Perabis boreh je mamat ni, duit kajian buat benda lain, lg berfaedah, jual kacang putih lepas ni, tak pun jd bloger mcm paka ramu, kutuk semua yg tak sokong pkr ,pooorah
Post a Comment