Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 1 Ogos 2014

WhatsApp Bocor, PKR Alih Isu MB Selangor - Dr Riduan Mohamad Nor

PETALING JAYA: Serangan bertubi-tubi sekutu pakatan pembangkang terhadap PAS berhubung mesej WhatsApp kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat disifatkan sebagai modal untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap isu Menteri Besar Selangor. 

AJK PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor yang kesal dengan perkembangan itu berkata, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki kini menjadi 'kambing hitam' pihak berkepentingan. Lebih mengecewakan apabila isu berkenaan turut hangat dimainkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi rakan sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

"Hari ini beliau menjadi 'kambing hitam' media siber dan media perdana kerana 'pengkhianatan tangan' insan yang khianat.
"(Mohd Zuhdi) juga (menjadi mangsa) ketololan figura PKR untuk mengalih isu Menteri Besar selangor," katanya pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menggesa supaya PAS mengambil tindakan sewajarnya Mohd Zuhdi.

Malah Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua turut memberi kata dua kepada Mohd Zuhdi supaya memohon maaf atau meninggalkan Pakatan Rakyat. Sejak Isnin lalu, nama Mohd Zuhdi hangat diperkatakan selepas mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Cadangan itu dilihat mempunyai kaitan dengan pendirian yang dinyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak diganggu. Ia jelas sekali bertentangan dengan 'Langkah Kajang' yang dirancang PKR bagi menggulingkan Abdul Khalid.

Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan isterinya sendiri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
Pencalonan Dr Wan Azizah dibuat dengan alasan ia bakal menyelesaikan banyak perkara khususnya di Selangor. (mStar)

3 orang berkata:

Anonymous said...

Babi lh ko orang

Anonymous said...

Mudah-mudahan PR boleh berpecah dan rakyat akan memberi sokongan jitu kepada Umno/BN pada pilihanraya akan datang.
Lebih baik menyokong pihak yang sudah tentu kejahatannya daripada menyokong pihak yang berpura-pura baik. Macam kata Madet "Syaitan yang dikenali lebih baik dari Malaikat yang tak dikenali"
Yang pasti PR akan sampai ke penghujung angkara pemimpin yang tamak kuasa. Penyokong setia bertungkus lumus, para pemimpin sibuk membahagikan harta rampasan perang...........

Anonymous said...

Kalau PR berpecah lagi senang...pas akan lebih bersih dlm perjuangan. Kotoran najis dlm perjuangan dtg dari pkr & dap

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.