APABILA MANUSIA TERLALU TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG, MAKA BERLAKULAH PUK, PEK, PUK PEK %$#@&^%$#@&*^%$ (pkr calonkan Azizah) ? ! HU HU HU. BOLEH SESIAPA BAGI TAHU, KESAN DARIPADA BERITA APAKAH HADI BERCAKAP BEGINI ? SIAPA YANG MULAKAN DULU ? HANGPA TAU TAK ? ISU MB SELANGOR NI SIAPA YANG BANGANG DALAM ADMIN ? MENGAPA PR TIDAK DIBEKALKAN KEPADA MB (MENTERI BESAR) SELANGOR ETIKA KERJA ? SO SEKARANG SIAPA YANG BANGANG ! -Pak Karamu
Friday, July 25, 2014
Abdul Hadi sokong Abdul Khalid Ibrahim
MARANG, 25 Julai –
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor
berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada
rakyat.
“Insya-Allah itu sikap
saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan
ini walaupun ada pandangan berbeza.
“Saya telahpun dengar
semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan
akar umbi PAS bersetuju Khalid Ibrahim dikekalkan atas konsep amanah
yang ditunaikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas
kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di sini hari ini.
Menurut Abdul Hadi,
hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui
beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti
Selangor masih bersetuju Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar,
namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
Katanya kecemerlangan
perkhidmatan Abdul Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang
lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum ke-13
tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan
dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lepas menerima cadangan
PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dan mencalonkan presidennya Datin
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
Abdul Hadi berkata
alasan pihak yang mahu menukar Menteri Besar Selangor adalah tidak
kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Abdul
Khalid tidak terlibat masalah besar.
“Kalau beliau (Abdul
Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor,
itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan-alasan yang
lain, itu kita boleh urus tetapi bukanlah dengan cara tukar menteri
besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal.
“Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Tan Sri Khalid
tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah
sekiranya kita turunkan beliau,” tegasnya.
Ditanya sama ada
keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang,
beliau berkata: “Itu perkata mendatang dan kita boleh berbincang dan
berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza
itu sudah biasa sejak dahulu lagi”.
Apabila diajukan soalan
bahawa pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa
yang didakwa sebagai jalan terakhir untuk Anwar ke Putrajaya, Abdul
Hadi menyangkalnya sambil menyatakan perjuangan pakatan pembangkang
bukannya perjuangan peribadi tetapi pejuangan untuk rakyat.
Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Abdul Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian.
“Itu bukan cara kita
dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih
daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana
kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),’ katanya sambal
menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti
perkembangan politik semasa.
Abdul Hadi sebelum ini
menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN)
selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu
persidangan di Turki bulan lepas.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – BERNAMA
2 orang berkata:
Bila PAS buat kenyataan maka blogger buat andaian mcm. Sebenarnya blogger ni hampeh bukan nak mencerahkan yg sudah malap.malah memalapkan lg yg sudah samar. Pkr kena ingat kemenangan di selangor bukan krn pkr shj. Sbb DAP dan PAS. Nanti penyokong2 beralih arah baru terkial2. Lagipun perjuangan pkr lebih kurang umno ja. Mengenyangkan tembolok ja. Jd dinasihatkan blogger2 ni jadi medium kehancuran pakatan.
Assalamualakum....
Sebagai ahli serta pimpinan bawahan perlu akur dengan keputusan presiden dalam apa jua bentuk perkara parti,kerana beliau sebagai tuan presiden mempunyai kuasa excecutive dalam memustuskan sesuatu keadaan dengan mengambil kira pandangan dewan tertinggi serta keseluruhan pinpinan bawahan..dan hormatilah keputusan itu.
Post a Comment