Khamis, 31 Julai 2014
Isu WhatsApp: Perbincangan Selama 2 Hari Tanpa Henti Dengan 115 Muka Surat Tapi Barua Nuar Dedahkan Beberapa Baris Jer.... Memang Jenis Celaka.
Nampaknya
kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan
mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati
orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu
perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan
pada PAS?
Ramai yang hairan
kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang
sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.
PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.
Semenjak dua menjak
ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula
mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto
leader dalam PR.
Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.
Ini juga persoalan
yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen
Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...
"jika DAP melalui
kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan
pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak
boleh melihat worst case scenario yang sama?"
Soalan AJK kanan
PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi
ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu
WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.
Nampak hasrat depa
perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara
akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.
PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.
Sementara itu,
mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr
Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar
PR ini adalah satu perbincangan panjang.
"Perbahasan ini
agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu
baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan
tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115
muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal
115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti
Bertanggungjawab.
Menurut beliau,
perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka
surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya
mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat
kepada Dr Zuhdi Marzuki.
"Bukan sahaja ia
adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus
masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair
bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan
tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus.
Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan
lembaran conversation group,"katanya.
Bahkan beliau
mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan
keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.
"Saya percaya, jika
didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk
dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr
Zuhdi,"katanya.
Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.
Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.
Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )
1. Tidak semena -
mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik
tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat
disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp
group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS
Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara
dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari
ini.
2. Apa yang berlaku ialah kami
anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai
perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai
isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat
mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan
sebahagian yang lain pula diam tanpa respon.
Saya sifatkan ini
perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju
sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan
pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain
sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau
keputusan.
3. Perbahasan ini
agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu
baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan
tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115
muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal
115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang
hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan
jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.
Bukan sahaja ia
adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus
masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair
bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan
tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus.
Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan
lembaran conversation group.
4. Alang – alang
berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan
conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan
keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan
sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru
itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan
dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi
kandungan perbahasan mengenai isu ini.
Kita lihat
bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta
saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk
perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation
group AJK PAS Pusat tersebut.
5. Ramai menganggap
itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat
kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang
didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang
dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai
satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu
“bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat”.
Apa scenario yang
akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang
bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik
oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan
pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS
keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh
anggota group AJK PAS Pusat yang lain.
Seperti juga mana –
mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai
contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal
maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap
mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama
berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan
Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf
Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji
semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah
serta pantas untuk dianalisis.
6. Sementara itu
adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi
memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui
slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa
dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan
scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan
belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara
rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .
7. Jujur saya
menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya
dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang
saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari
anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah
lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat
kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.
8. Saya teringat
seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun
yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana
beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan
secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan
Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj
Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri
terpinga – pinga.
Saya kata tidak
mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah
dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat.
Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak
menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset
rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan
ucapan Tok Guru.
Akhirnya saya dapat
jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan – tuan ! kita kena tolak
fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman
itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik,
semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang
UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !”
9. Malangnya kawan
saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar
sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata
secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila
mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada
Dr Zuhdi.
Keseluruhan
conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11
baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada
Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR
terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik
keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi
seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik.
Tinggal lagi berani
melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik
terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak
tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB
Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi
menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr
Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .
10. Saya sekali
lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group
AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan
keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika
beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak,
memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari
belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti.
Seperti juga mana –
mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai
contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal
maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap
mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama
berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan
Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf
Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji
semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah
serta pantas untuk dianalisis./GANR
2 orang berkata:
Masa kes mb terengganu hangpa cakap tak teringin adun lompat tapi bila buat latihan diselangor ada plak yg beriimiginasi lagu tu.senang citer hangpa tunjuk la bukti kertas2 yg disalin tu.panggil beberapa orang penting dlm dap n pkr bahwa tu karut semuanya.bukan kena dakwa mahkamah pun..kah kah kah
Setuju.....dengan cadangan. Buktikan dgn fakta dan data. Supaya orang ramai faham.
Post a Comment