Selasa, 29 Julai 2014
Jangan nilai perbualan peribadi kami, kata AJK PAS Pusat
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi,
termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan
peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan
tersebar luas dalam media sosial.
Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah
Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang
mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan
suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.
Katanya, tidak adil
jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana
menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.
"PAS
sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan
pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang
kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan
kontroversi dan kegusaran umum.
"Secara tegasnya, olahan perancangan
senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili
dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya. Sebelum ini, Pengarah
Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu
mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan
mengkhianati PKR dan DAP.
Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai
dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan,
termasuk Buku Jingga. Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam
mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat
kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari
kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi. Mengulas kenyataan Rafizi
yang mahu tindakan disiplin diambil atas Zuhdi, Dzulkefly berkata
'keluar Pakatan' bukan satu-satunya perancangan yang diusulkan di dalam
perbincangan kumpulan mereka.
Senario lain juga turut dibincangkan,
termasuk kemungkinan buruk yang akan terjadi sekiranya parti Islam itu
meninggalkan Pakatan. "PAS akan berpegang teguh kepada perjuangan
Pakatan, membawa Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti yang seringkali
diulang Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden
(Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya. Persoalan tentang PAS
meninggalkan Pakatan timbul berikutan keengganan parti itu menerima
cadangan PKR menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Walaupun persetujuan dicapai semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan
Rakyat, Hadi kemudiannya terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap
Khalid dan kenyataannya disokong Nik Aziz. Bagaimanapun, timbalan
presiden Mohamad Sabu mengatakan pendirian Hadi bukan kenyataan rasmi
dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menasihatkan semua pihak
menunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos.
Zuhdi
dalam mesej WhatsAppnya mengatakan kalau PAS tinggalkan Pakatan dan
bekerjasama dengan Umno, "lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim
melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka."
Dalam Facebooknya, Zuhdi juga menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim, menggelarnya 'diktator' dalam cara dia menguruskan
Pakatan.
Pada 27 Julai, Zuhdi menulis status di Facebooknya: "Setelah
beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul
Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin
dengan harapan tulus ikhlas "bersaralah dari politik, sudah banyak
sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi
Datuk Seri".
4 orang berkata:
Dh tahu ending drama. pas akan twist bila ada 'masyukkkkk'
Keluar ja dr pakatan, lagipun manifesto pakatan tak kearah negara islam.
Masa pru13 dulu pkr dah dikianati oleh pas.kali ni pun kena lagi kesian sungguh pkr.nampak gayanya pas dah tak berminat nak melawan umno lagi.elok la klu pas ni berkeculi dari menyokong pr atau bn dinegeri selangor buat masa ni.biarkan dap n pkr je uruskan sehingga pru14 nanti.lepas pru14 baru la tubuhkan kerajaan perpaduang.klu TG nik aziz je yg bersungguh mempertahankan pas supaya bersama pr tak guna juga klu yg lain hati dah terpaut kat kerajaan perpaduang..
Salam..
Untuk pengetahuan umum,Pas adalah satu-satunya parti yang membawa islam keseluruhannya dari segi hukum hakam dan tingkahlakunya..demi menegakkan agama allah swt dibumi malaysia ini selagi mengikut al-quran dan sunnah nabi. Jadi siapalah lagi kita kalau untuk mempertahankan islam serta menyokongnya.. Pilihlah jalan yang benar lagi sahih...Amin..
Post a Comment