1/07/14
Zam: Pergi mampuslah MCA...
Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin
hari ini mengecam keras sikap MCA yang didakwa mengikuti jejak langkah
parti lawan DAP dalam mengkritik kerajaan.
Beliau merujuk kepada kritikan MCA
kepada terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam
isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil rakyat DAP RSN Rayer.
“MCA tidak mahu sama mempertahankan
dasar nasional yang diasaskan bersama dengan Umno sejak Perikatan,”
katanya yang juga bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.
“Jika MCA tidak kreatif dan inovatif
dalam mencari formula baru bagi strategi baru dan masih mahu memakai
topi DAP dan menumpang tiket DAP, maka lebih baiklah bagi Umno membuat
keputusan 'pergi mampuslah sama MCA' dan mengambil DAP sebagai rakan.”
Dalam tulisan terbarunya di blog hari
ini, Zainuddin berhujah “lebih baik berkawan dengan musuh yang kita
kenal dari musuh dalam selimut”.
Katanya lagti, walaupun dilantik semula
ke kabinet atas “kasihan belas” Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak,
MCA tidak sedikit pun menginsafi prestasinya dalam pilihan raya umum
lalu.
Menyifatkannya sebagai strategi lapuk,
Zainuddun berkata, tindakannya memakai “topi DAP” itu seperti
“menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit, lidah bercabang atau
talam dua muka.”
Katanya, MCA seharusnya sedar bahawa ia
tidak akan dapat menyaingi DAP memainkan sentimen perkauman kerana MCA
terikat dengan dasar komponen dan persetujuan bersama sejak sebelum
merdeka.
Malah, kata Zainuddin lagi, dengan
bermain atas landasan DAP, MCA sebenarnya meruntuhkan imejnya sendiri di
kalangan masyarakat Cina.- Mkini
0 orang berkata:
Post a Comment