Khamis, 9 Oktober 2014
Harga Barang Dan Ulama Salahkan Tuhan
Oleh DrMAZA.com
Salah guna agama yang sangat buruk ialah apabila seseorang ingin membela pihak yang dia ampu sehingga sanggup membiarkan manusia menyalahkan Allah. Ini seperti dalam membela kenaikan harga barang mereka sanggup menyandarkan kesalahan kepada Allah dengan menyebut "Allah yang menaikkan harga barang".
Inilah buruknya apabila agama digunakan untuk kepentingan. Lebih baik ahli-ahli ekonomi yang memberikan angka dan alasan mengapa harga barang patut dinaikkan ataupun subsidi patut dipotong. Itu semua perbahasan antara kita tanpa meletakkan kesilapan insan kepada Tuhan.Kita boleh memberi pandangan setuju ataupun tidak atas alasan-alasan fakta ekonomi.Namun apabila disebut Tuhan yang tentukan, maka ia menutup ruang perbincangan. Itu satu cara yang amat salah.

Mungkin nanti akan ada berkata pengeboman Gaza, kemasukan filem Dracula Untold dll juga ketentuan Allah maka jangan persoalkan. Begitulah seterusnya kesan perkara yang seperti ini.
0 orang berkata:
Post a Comment