Penganalisis: Pas berdepan 'musuh dalaman'
KUALA LUMPUR - Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma)
dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman Pas iaitu antara
pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata Pas kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.
"Pas berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan Pasma ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam Pas). Mereka (Pasma) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam Pas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan perkembangan Pasma ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.
Ahmad Atory turut berpendapat penubuhan Pasma merupakan 'langkah' yang diambil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menguasai Pas secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota Pas yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan Pas.
"(PKR) menggunakan Pasma ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota Pas (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.
"Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan Pasma. Mereka tak yakin dengan Pas sebab Pas bertunjangkan Islam," katanya.
Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata Pas patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.
"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota Pas menyertai persatuan seperti Pasma juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai Pasma dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya. - Bernama

4 orang berkata:
Itulah punca kekalahan sebenar pas di kedah pd PRU 13. Terutama kwn Baling, sik, kulim dan pendang...berebut kuasa...kepala buat perpecahan dipelopori oleh pengerusi PASma.
Bukankah pengurusi PasMA tu professional dalam PAS.?
Pelacor pun professional dalam bidangnya sendiri.
perompak pun professional.
Inikah yang dibanggakan oleh mereka yang menggelar diri mereka professional dalam PAS?
Dalam UMNO bersepah professional. Dan mereka inilah yang merompak harta rakyat
Ya sayangnya di kedah selepas pembaharuan dibuat oleh alayarham ust.azizan razak dlm menyelesai hutang2 tertunggak yg xda faedah nk banding hutang dibuat untuk mbuat kampus universiti insaniah kuala ketil dan maahad tahfiz sains pulau tuba langkawi..semata2 untuk rakyat dan agama islam dalam mmplajari kitab2 allah nk banding bn yg nk buat litar lumba motor di sg.petani.pembaharuan dibuat dgn membeli bas untuk kafa pemain bola kedah.. Dan meyelesaikan masalah plaza tunku yaakob sekarang aman central dibina beliweu grop kontraktor dr penang dgn bangunan 8 tingkat boleh bg peluang kepada 2000 pekerjaan kpda anak kedah..dan alyarham tidak lupa mencadang untuk mmbina surau d sblah dgn kapasiti 400 jemaah.. Dan banyak lg yg x dihebohkan media massa,trmasuk projek tanaman buah2an brbagai di tasik empangan pedu yg mgkin dibatalkan itupun peluang pekerjaan ribu anak kedah dpt kerja. Jadi siapa yg memusnahkannya? Tanyalah pada presiden pasma... Kedah sejahtera nikmat untuk semua..
Takbir 3 x
Post a Comment