Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAHALUF SIYASI

Salam,

Bukan sahaja orang awam yang tak faham konsep Tahaluf Siyasi, bahkan orang PAS sendiripun tidak faham, kefahaman Tahaluf Siyasi perlu di terangkan kepada rakyat seluruhnya, jangan longgarkan konsep tersebut, jika di longgarkan maka itu bukan Tahaluf Siyasi lagi. Peraturan ini jika di laksanakan maka mengikut syaratnya mungkin tidak lagi timbul bantahan dan kerenah dari rakyat, khususnya kekawan di dalam PR, mereka tentunya berhati-hati tentangnya, kerana itulah Presiden sendiripun mengatakan peraturan Tahaluf siyasi adalah longgar - Pak Karamu

 

Selasa, 7 Oktober 2014

Ramai tak faham tahaluf siyasi PR - Naib Presiden Pas


Salahuddin Ayub 

SHAH ALAM - Persepsi negatif terhadap tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dipelopori Pas dengan bukan Islam di negara ini jelas membuktikan bahawa sentimen perkauman sempit masih menebal dalam pemikiran khususnya pemimpin Umno hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa banyak pihak tidak memahami konsep tahaluf siyasi yang dibawa Pas khususnya dalam gabungan PKR dan DAP dalam PR.

"Saya rasa kerangka perkauman itu masih bersarang dalam pemikiran Pas sendiri atau Zainudin Maidin itu sebab beliau sukar memahami apa yang dikatakan dengan tahaluf siyasi itu.

"Mungkin dia tak faham tentang tahaluf siyasi yang sedang dan telah dilakukan Pas," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian yang turut membidas kenyataan bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin semalam yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggali kubur sendiri apabila parti itu memberi laluan dan bertahaluf siyasi dengan bukan Islam.

Zainuddin berkata Abdul Hadi seolah-olah ditelan oleh penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila dokumen negara Islam turut diperjuangkan dalam tahaluf siyasi itu.

Mengulas lanjut, Salahuddin turut menyifatkan bekas Menteri Penerangan itu sebagai 'dangkal' kerana membuat tuduhan keras itu tanpa mempunyai fakta yang kukuh.

Malah tegasnya, dengan tahaluf siyasi Pas mampu menunjukkan sikap sebenar dan pegangan Islam dalam parti itu kepada bukan Islam dalam PR.

"Tahaluf siyasi membuktikan Pas mampu menunjukkan sikap Islam untuk terus bersama dalam PR sehingga ke hari ini," katanya lagi.

1 orang berkata:

Basar said...

Erti tahlul siyasi bagi puak anwaris adalah membatalkan hadis Rasulullah S.A.W " jika kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan, jika tidak maku dengan lidah, jika tidak mampu didalam hati dan itulah selemah-lemah iman".

Ertinya jika dilihat akan kemungkaran maka wajiblah ditegah dengan kekuasaan seperti enakmen, pihak polis atau tangkapan awam. Jika tidak mampu maka dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa, menegah dengan memberikan nasihat, berhujah dan sebaginya secara ilmiah. Jika tidak mampu maka bencilah di dalam hati dan meninggalkan kawasan tersebut.

Namun kini jika kita terjumpa peliwat sedang meliwat, jika ia ahli kepada tahlul siyasi maka wajiblah kita bersama-sama meliwat, jika tidak mampu wajiblah menggunakan segala kepakaran yang ada bagi menghalakan perbuatan tersebut dan jika lemah lagi, duduk diam atau jadi pak sorak.

Bagi pihak anwaris, keadilan hanya apabila pkr dan dap diinaya, jika pas dan bukan ahli pkr dan dap diinaya, diliwat, difitnah maka wajiblah pihak anwaris bersama-sama menginaya, meliwat dan memfitnah ahli pas dan bukan ahli dap dan pkr.

Itu belum bab arak, khalid samad telah membatalkan ayat al quran mengenai arak.
Kini khalid samad menyatakan bahawa jika diadakan ditempat umum namun populasi di kawasan tersebut islam adalah moniriti maka hukumnya halal.

Walh hal petaling jaya dalam selangor dan selangor dalam malaysia. Bukankah populasi orang islam di malaysia lebih banyak daripada yang lain.

Bukankah kerajaan negeri selangor dipimpin oleh DYM Sultan Selangor beragama Islam dan bukankah Malaysia di ketuai oleh YDP juga beragama islam.

Begitu juga bukankah 1 Utama dikunjungi oleh pelbagai lapisan rakyat dan agama. Lainlah jika dibuat di dalam gereja maka hanya khalid samad yang mengunjunginya.

Yang ditentang ialah diadakan di tempat umum iaitu tempat letak kereta 1 Utama.
Yang ditentang ialah tindakan biadab memasang iklan di kawasan orang islam.

Sila tunjukan saya satu kawasan dalam dunia ini bukan Milik Allah S.W.T wahai Khalid Samad.

Ingatlah Petaling Jaya dalam Selangor Selangor dalam Malaysia Malaysia dalam bumi dan Bumi ini Milik Allah S.W.T bukanya milik anwar ibrahim.

Anwar ibrahim hanya manusia biasa,
Dia ada ibu ayah
Dia ada isteri
Dia ada anak cucu
Dia bukan tuhan bukan anugerah tuhan kepada malaysia
Dia bayi, dia muda, dia tua dan dia pasti mati.

Rugilah anda khalid samad kerana memilih perkenan anwar ibrahim berbanding Keredaaan Allah S.W.T

SYURGA NERAKA bukan di bawah tapak kaki anwar

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.