Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA SEDIKIT TAK KENA ATAU GILA KUASA ?

MAT SABU NI MEROYAN KE ATAU TERGILA KUASA ? SEPATUTNYA BAGI LA AZMIN ALI YANG CAKAP ATAU LIM KIT SIANG YANG CAKAP, KALAU MAT SABU YANG CAKAP DIA TIDAK LAYAK MEWAKILI PARTI SEBAB  PARTINYA BELUM UJUD ATAU LULUS, CADANGAN ITU BAIK TAPI TAK KENA POTPOLIO, BAGI LA KEPADA ORANG YANG BENAR-BENAR YANG MEWAKILI PARTI DAN RAKYAT YANG BERCAKAP, BARU LA RAKYAT RESPEK -  Pak Karamu

Pembangkang sokong tubuh kerajaan peralihan
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan.

Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata,  perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urus tadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.


“Sejak pendedahan mengenai keterlibatan Najib berhubung tuduhan salah laku pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.


“Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun yang ditubuh milik Najib,” katanya dalam sidang media, semalam.


Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru berkata, kerajaan peralihan dapat ditubuhkan dengan merujuk kepada beberapa terma khusus seperti pelantikan seorang perdana menteri dari kalangan pemimpin kanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.


“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan serta undang-undang dikembalikan.


“Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.


Katanya, penubuhan kerajaan peralihan boleh dilakukan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib.


“Usul ini boleh dibuat di luar sidang parlimen atau semasa sidang parlimen akan datang.


“Sudah tiba masanya Muhyiddin dan kumpulan beliau menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” katanya.


Jelasnya, beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalam Umno.


“Perpecahan dalaman Pasukan Khas yang diamanahkan menyiasat penglibatan Najib kepada kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang ingin menyelamatkan Najib dan satu lagi ingin mendakwa Najib. Perkara ini disahkan dengan berita penamatan khidmat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.


“Kedua adalah pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib,” katanya.


Tambah Mohamad, pihaknya memberi amaran kepada Najib supaya tidak mengambil peluang pergolakan dalaman Umno untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau.

2 orang berkata:

Anonymous said...

.Habis ,yang layak bercakap ,cakap maerapu je ,Betul tak .kau ni kepalabapakermu.Apa yang hadi beri komen? kan merepu tu ini belum mursidol am kau lagi.bodoh punya bloger,Mat sabu nak cakap ,biar dia cakap atas kapsiti dia sebagai seorang rakyat,tak bolih ke? akan datang ini kita akan keluar ke jalan raya ,nak harap kau ? nak harap hadi? haron? ustaz ular? Nik Tak Amar? minta maaflah .pergi main jauh@

Anonymous said...

Sabar aje la pak dgn org org mcm anon d atas ni.teruskan usaha anda ok.semoga mendapat ganjaran.knpa dgn ayah hadi pak teruk la nak tunggu 4 saksi.ustaz man nampak bercakap lain sikit.jgn semua ahli cabut lari pak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.