Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KORNA SANA KORNA SINI AKHIRNYA ITU RUPANYA NIATNYA


Thursday, July 30, 2015

MOTIF PARTI DAP 'CURI' CALON PKR PRU-13 ABDUL AZIZ BARI …..

Rasanya, semua sudah tahu bahawa Dr Abdul Aziz Bari telah menyertai parti DAP hari ini. Tidak mengejutkan kerana DAP mempunyai berkemampuan untuk mengadu doma sesama Pakatan Pembangkang. Parti PAS telah dipecah-belahkan. Abdul Aziz Bari, calon parti PKR bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam pada PRU ke-13 pula di'curi' masuk parti chauvinis itu.
 
 
Yang menjelekkan ialah bukannya kepimpinan DAP yang berhubungan dengan 'rakan' mereka di PKR tentang keinginan calon PKR PRU-13 masuk ke parti mereka? Media hanya melaporkan bahawa Abdul Aziz Bari memberitahu Rafizi Ramli sahaja.

Bukankah tindakan DAP ini kurang ajar dan melampau? Tetapi kita percaya bahawa PKR tidak akan mampu berkata apa-apa atau mengkritik DAP.  

Lebih tidak mengejutkan ialah Abdul Aziz Bari mempunyai sejarah menghentam kepimpinan tertinggi PAS, musuh DAP. Sebelum ini, portal pro-pembangkang MenipuKini MalaysiaKini telah melaporkan kenyataan Abdul Aziz bahawa walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu "sudah hilang stim".
"Dia sudah hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya. seterusnya
Abdul Aziz juga menuduh bahawa Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Semasa forum pertama anjuran PasMa, calon PKR PRU-13 yang masuk DAP itu juga secara terbuka mendakwa bahawa Abdul Hadi Awang sebagai punca berlakunya krisis dan sarkas politik yang sangat memalukan Pakatan Pembangkang di Selangor.  

Dan sekarang, individu yang melabelkan Presiden PAS sebagai 'sudah hilang stim' dan 'tiada lagi ciri seorang pemimpin' ini sudah menjadi ahli parti DAP, parti yang sebelum ini telah menghina dan menjatuhkan maruah Abdul Hadi Awang dengan pelbagai penghinaan yang melampau.

How convenient dan sudah pasti menguntungkan parti DAP.

Maka sekarang, kita analisa pelan DAP yang seterusnya, apakah Abdul Bari Aziz akan menjadi jurucakap DAP bagi menjawab kritikan dan kokokan parti PAS selepas ini?

Dan bakal menyaksikan Melayu lawan Melayu seperti yang berlaku di antara PAS dan serpihannya, GHB?

Jika benar, maka bertambah seksa, hancur berpecah dan peritnya politik kaum Melayu di Malaysia. Opportunis politik akan mengambil kesempatan dek bencana kaum Melayu ini dan akhirnya politik kaum Melayu tergadai juga?

DAP sudah tentu akan menafikan persoalan besar ini. Begitu juga Abdul Bari Aziz yang kantoi kerana sebelum ini 'tergelak' dan menafikan laporan The STAR yang mengatakan beliau akan masuk parti DAP. Di antara laporan akhbar bertarikh 18 Jun 2015 :
“I don’t know how that came out, I have never made such a statement. This is like a joke to me, first time that i’m hearing this,” he told Malay Mail Online. 
“Nobody called me or even asked me about this. It is quite surprising that a statement like this can come out,” added the University Selangor professor who previously ran in the last elections under a PKR ticket at Sabak Bernam. 
DAP’s national organising secretary Anthony Loke said he was equally clueless about the claim that Aziz would enter his party. more
Sekarang, siapa yang buat lawak dan kantoi besar? Takkan baharu masuk sudah ada sandiwara murahan politik yang berbelit-belit?

Apa pun, kita tanya pandangan 'pakar perlembagaan' ini tentang dasar parti DAP yang kontroversial dan mencemar Perlembagaan negara?

Baca soalannya http://novandri.blogspot.com/2015/01/melampau-bukti-dap-hina-menentang.html
 
 
Kepada pihak media yang berkesempatan untuk menemuramah beliau, MiM harap dapat tujukan soalan-soalan ini kepada beliau, itu pun jika beliau berani untuk menjawab.
Kita lihat cara beliau bertaichi untuk menjawab.

Kepada DAP dan Abdul Aziz Bari, baca ini dan jawab : http://novandri.blogspot.com/2015/01/melampau-bukti-dap-hina-menentang.html.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Laa ingat pakarmu yg tulis article ni
rupa-rupanya dari cedok dari penganut tegar umno.

pas boleh bergerak sendirian jadi apa sebab kalut sangat
dgn melayu masuk dap atau ghb.

kalau marah sangat hantar saja dua pemimpin siku lutut dan cakar rimau.

the grandmaster of kung fu 'master of elbowknees'and master
of 'tiger's claw'



Unknown said...

Bengong punya komen

Anonymous said...

Ikut suka saya lah saya nak hadhir ke tidak mesyuarat.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.