PKR sedia terima Harapan Baru
SHAH ALAM - PKR menyatakan kesediaannya untuk menerima usaha mana-mana
kumpulan termasuk gerakan Harapan Baru yang ingin bergerak sebagai
sebuah parti politik.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian tersebut jelas menunjukkan sikap keterbukaan parti itu selagi kumpulan terbabit boleh mendukung agenda reformasi yang menjadi teras penubuhan PKR.
"Kita boleh sama-sama dalam satu muafakat. Perkara ini akan terus berkembang. Sekarang kita ada tiga anggota (dalam PR) dan mungkin bertambah menjadi lima atau enam.
"Asalkan mereka boleh komited dengan agenda reformasi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Invest Selangor, di sini hari ini.
Invest Selangor merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada bakal pelabur di Selangor.
Ketika ditanya mengenai laporan bahawa Harapan Baru sedang mengenal pasti sama ada untuk bergerak melalui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) atau Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai platform alternatif kepada Pas, Mohamed Azmin menyatakan beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.
Namun jelasnya, jika usaha gerakan itu wujud, polisi parti yang terlibat mestilah komited dengan prinsip yang diguna pakai Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui oleh PKR dan DAP.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor itu menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan melakukan rombakan barisan Exco kerajaan negeriberikutan kemelut hubungan antara Pas dan DAP.
Mohamed Azmin enggan mengulas lanjut mengenainya; sekadar menjawab ringkas, "Tiada rombakan".
Baru-baru ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menyatakan parti itu bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Harapan Baru untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu. - Bernama

5 orang berkata:
dia pun sama mcm Anwar tak sebut pasal pas
so pergi blah la kalu tak bole komited
pegi bekawan dgn jin
Dalam keadaan najib sedang terdesak seperti sekarang ini, pas dengan ahli2nya berjumlah jutaan orang perlulah memberi sokongan kepada najib dengan sepenuh hati tanpa berbelah bagi. Walaklah kepada PM yang kita sayangi ini. Takbir!!
Awat la blogger ni bengong sangat.dah berapa kali pas kata tak sokong umno apatah lagi nak sokong najib.fikir la dgn waras.jgn dok hentam saja.

Post a Comment