Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Wang zakat: Aras buat laporan polis

Aras buat laporan polis
Sebahagian ahli Aras selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
 
SHAH ALAM - Satu laporan polis dibuat Angkatan Rakyat Sedar (Aras) berhubung isu pengagihan wang zakat bernilai RM5 juta oleh Kerajaan Selangor yang didakwa meragukan. 
 
Ahli Jawatankuasa Aras, Nasiruddin Mohamed berkata, isu tersebut perlu disiasat segera kerana melibatkan integriti sebuah anak syarikat kerajaan negeri iaitu Darul Ehsan Investment Group (DEIG).

Menurutnya, tindakan kerajaan negeri mengagihkan dana zakat RM5 juta melalui DEIG melalui jentera parti politik melibatkan pimpinan utama dan ketua-ketua cabang PKR dan bukannya menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) menimbulkan keraguan.

“Kita mempersoalkan senarai penerima yang disediakan DEIG. Adakah mereka benar-benar golongan asnaf yang layak terima zakat,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Nasiruddin berkata, pihaknya membuat laporan polis atas rasa keprihatinan mereka bahawa sepatutnya LZS yang menyelaras semua penerimaan dan pengagihan zakat, bukannya pihak yang tidak berkenaan kerana nilai RM5 juta adalah satu nilai yang besar.

Katanya lagi, pihaknya menuntut kerajaan negeri supaya menyenaraikan nama-nama penerima untuk kesemua wang zakat berjumlah RM5 juta tersebut jika benar mereka mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.

“Apa yang kita tahu sebanyak RM157,000 disalurkan di Pahang sebagaimana laporan sebuah akhbar tempatan pada 23 Julai lalu. 

“Soalnya, mana baki selebihnya disalurkan? Kita melihat pemberian zakat menjurus kepada rasuah untuk mengambil hati pemimpin PKR peringkat cabang," katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan tiada elemen rasuah yang boleh mempengaruhi pemilihan PKR tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Soffan Affendi Aminudin berkata,  Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan anak-anak syarikatnya menguruskan aset-aset kerajaan negeri berlandaskan hukum syarak termasuk membuat pembayaran zakat perniagaan berdasarkan kepada keuntungan syarikat.

Sambil menegaskan perkara itu, katanya, segala proses-proses yang terlibat dalam hal-ehwal zakat sentiasa mematuhi kehendak syariah Islam dan mengamalkan tadbir urus korporat yang terbaik.

“Seperti sedia maklum, DEIG baru saja ditubuhkan pada bulan Mei lalu,  justeru tidak tertakluk kepada kehendak syarak untuk membayar zakat bagi tahun ini,” katanya.

1 orang berkata:

XUMNO said...

Punca Khalid ditendang dari kerusi MB Selangor dulu adalah kerana beliau tidak mahu wang negeri seperti zakat digunakan untuk kepentingan parti PKR. Desakan Anwar dan pemimpin2 PKR supaya sebahagian hasil negeri Selangor diperuntukan kepada aktiviti PKR, sama seperti yang dilakukan oleh umno tidak pernah dilayan oleh Khalid kerana ia merupakan amalan salah. Nah, nampaknya hajat pemimpin2 PKR sekarang sudah tercapai di bawah pentadbiran Azmin. PKR dan mana2 parti yang memerintah kena ingat bahawa hasil negeri termasuk wang zakat datang dari sumbangan semua rakyat, bukan ahli2 parti pemerintah sahaja. Apabila amalan menghulurkan bantuan menggunakan dana negeri, pasti ia tidak lari daripada kronisma dan pilih kasih; yang menyokong akan mendapat habuan manakala yang tidak menyokong walaupun berhak menerima akan diabaikan.Jadi kalau ini berlaku, janganlah PKR sibuk menyalahkan umno sedangkan diri sendiri pun apa ubahnya.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.