Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA PARTI MAHU BERGABUNG DENGAN PAS DAN PKR ?

Pas: Ada parti lain mahu sertai gabungan
Pas: Ada parti lain mahu sertai gabungan
Mohd Amar selepas Mesyuarat Mingguan Exco, semalam. Foto oleh JAZALY AMRY JAAFAR

KOTA BHARU - Pas tidak menolak kemungkinan akan ada parti yang menyertai gabungan pakatan antara Pas dan PKR kelak. 

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan kemungkinan ada parti lain yang sedang dalam proses perbincangan untuk menyertai gabungan dua parti itu.

“Setakat ini dari segi politik, hubungan Pas hanya dengan PKR, bagaimanapun mungkin ada parti lain yang sedang dalam proses perbincangan dan bergantung pada perkembangan seterusnya,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang sebelum ini membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU14 berikutan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah.

Mengulas kenyataan itu, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, Pas hanya bekerjasama dengan PKR dan persoalan dua kelompok parti pembangkang  hanya ditentukan apabila tibanya pilihan raya.

“Itu saya tak pastilah, cuma Pas, kita tetap dengan PKR sebagaimana yang kita persetujui, yang lain kita tak tahu

“Bagaimanapun, keadaan yang dilalui hari ini sama seperti ketika zaman Tengku Razaleigh Hamzah, ketika  beliau bersama Semangat 46 dan menjalin hubungan dengan DAP,  malah dalam masa sama di Kelantan, beliau bekerjasama dengan Pas,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan  Pas terlibat militan IS dan gerakan pengganas lain, Mohd Amar berkata, tuduhan itu melampau dan tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Bila kita bercerai jangan buruk-burukkan bekas isteri, ia amalan yang tidak baik,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas tak untung klu join pkr.
Lebih baik pas join umno. Nik amar boleh jadi mb.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.