Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat khas tersebut turut akan dihadiri Muhyiddin dan Shafie sendiri.

"Kita serahkan kepada pimpinan Umno pada mesyuarat khas tersebut untuk menentukan sama ada Muhyiddin dan Shafie dibenarkan berucap atau sebaliknya pada perhimpunan tersebut.

"Jadi apa pun keputusan kita serahkan kepada mesyuarat itu untuk menentukan yang terbaik," katanya selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2015, bertempat di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PAU: Timbalan tak berucap memang pelik]

[ARTIKEL BERKAITAN: ‎'Saya hadir PAU tapi sebagai 'tunggul'']

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini turut menyatakan perkara sama.

"Tunggu Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada malam 9 Disember ini," katanya pada sidang media sempena PAU 2015 di Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur pada Khamis.

Bagaimanapun Tengku Adnan yang juga dikenali sebagai Ku Nan secara peribadi berpendapat bahawa ucapan penggulungan yang dibuat oleh presiden parti sudah memadai.

"Bagi penggulungan, pada pandangan saya sehingga ke hari ini, presiden cukuplah. Tak perlu orang lain. Itu pandangan saya," katanya.