Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENGAPA TETIBA SEBUT PASAL AGAMA ? TAK GUNA BELAJAR AGAMA JIKA TAK HAYATI AGAMA

Janji semua orang boleh janji tapi ‘deliver’?
Mohamed Azmin
Azmin
BANGI – “Janji semua orang boleh janji... tapi ‘deliver’ itu soal yang berbeza,”demikian ulas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali  berhubung  kenyataan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendakwa BN akan memberi pendidikan agama percuma jika berjaya merampas semula negeri ini. 
Mohamed Azmin berkata, kini rakyat sudah hilang keyakinan kepada orang politik dan parti politik.

Justeru, katanya, PKR dan gabungan parti pembangkang mengambil iktibar pengalaman yang berlaku selama ini.

“Kita kena kembalikan keyakinan rakyat, apa yang kita janjikan mesti tunaikan, mesti pikul amanah dengan baik. Mengenai kenyataan Noh itu, bagi saya semua orang boleh janji tapi soal ‘deliver’ itu yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata, Umno memerintah Selangor selama 50 tahun namun rekod menunjukkan pemerintah parti itu gagal  memenuhi kebajikan rakyat.

“Apakah rakyat yakin dengan mereka (BN), saya serahkan kepada rakyat... kita ada ‘success story’ sendiri yang boleh kita kongsi dengan rakyat negeri Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian  melaporkan BN Selangor menawarkan pendidikan percuma untuk sekolah agama sekiranya parti tersebut berjaya merampas semula negeri itu pada PRU14 akan datang.

Janji itu turut dikongsi Noh di akaun laman sosial miliknya, semalam.

“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak payah bayar macam sekolah kebangsaan,” katanya sebelum ini.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Apa ko ingat geng hadi berua sahajakah di malaysia ini yg Islam?? Apakah hak untuk bercakap tentang islam di malaysis ini hanya hak insklusif untuk geng hadi barua sahajakah??

Anonymous said...

Tak pasal2 buat dosa kering. Kenapa Hj Hadi yg kamu kaitkan. Cerita tu hal Azmin dengan Noh Omar. Teruklah kamu ni, tak tau hujung pangkal, tak kenal ekor kepala. Tak cerdik langsung.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.