Isu RM2.6b: Najib beri keterangan kepada SPRM
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah
memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) berhubung isu dana RM2.6 bilion dan SRC International, hari ini.
Perkara itu disahkan oleh suruhanjaya itu dalam satu kenyataan sebentar tadi.
"Pertemuan hari ini berlangsung selama dua setengah jam.
"Perdana Menteri telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM. SPRM
akan memaklumkan perkembangan susulan dari semasa ke semasa," menurut
kenyataan itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Satu Malaysia hendak tahu siapa derma RM2.6b]
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu RM2.6b, SRC: SPRM muktamad tarikh panggil PM]
SPRM pada Khamis telah ke Pejabat Perdana Menteri bagi memuktamadkan tarikh mengambil keterangan daripada Perdana Menteri.
0 orang berkata:
Post a Comment