Janji semua orang boleh janji tapi ‘deliver’?
BANGI – “Janji semua orang boleh janji... tapi ‘deliver’ itu soal yang
berbeza,”demikian ulas Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali
berhubung kenyataan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang
mendakwa BN akan memberi pendidikan agama percuma jika berjaya merampas
semula negeri ini.
Mohamed Azmin berkata, kini rakyat sudah hilang keyakinan kepada orang politik dan parti politik.
Justeru, katanya, PKR dan gabungan parti pembangkang mengambil iktibar pengalaman yang berlaku selama ini.
“Kita kena kembalikan keyakinan rakyat, apa yang kita janjikan mesti
tunaikan, mesti pikul amanah dengan baik. Mengenai kenyataan Noh itu,
bagi saya semua orang boleh janji tapi soal ‘deliver’ itu yang berbeza,”
katanya.
Beliau berkata, Umno memerintah Selangor selama 50 tahun namun rekod
menunjukkan pemerintah parti itu gagal memenuhi kebajikan rakyat.
“Apakah rakyat yakin dengan mereka (BN), saya serahkan kepada rakyat...
kita ada ‘success story’ sendiri yang boleh kita kongsi dengan rakyat
negeri Selangor,” katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan BN Selangor menawarkan pendidikan
percuma untuk sekolah agama sekiranya parti tersebut berjaya merampas
semula negeri itu pada PRU14 akan datang.
Janji itu turut dikongsi Noh di akaun laman sosial miliknya, semalam.
“Kalau BN memerintah, kita janji sekolah agama ini semua percuma. Tak
payah bayar macam sekolah kebangsaan,” katanya sebelum ini.
2 orang berkata:
Apa ko ingat geng hadi berua sahajakah di malaysia ini yg Islam?? Apakah hak untuk bercakap tentang islam di malaysis ini hanya hak insklusif untuk geng hadi barua sahajakah??
Tak pasal2 buat dosa kering. Kenapa Hj Hadi yg kamu kaitkan. Cerita tu hal Azmin dengan Noh Omar. Teruklah kamu ni, tak tau hujung pangkal, tak kenal ekor kepala. Tak cerdik langsung.
Post a Comment