Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PUTAR KENYATAAN ....

Pas serik pengkhianatan Umno
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
 
SHAH ALAM - Pas Selangor memberi amaran agar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak diputar belit kononnya Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno. 
 
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad menjelaskan bahawa, Abdul Hadi sekadar mengalu-alukan jika Umno ingin bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

"Sebagai badan dakwah selain daripada sebuah parti politik, Pas mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin kembali kepada Islam.

"Oleh yang demikian ini tidak bermakna Pas akan berkerjasama dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan di dalam kenyataan akhbar tersebut bahawa Pas ialah rakan Tahaluf Siyasi PKR.

"Keputusan ini telah dibuat di dalam Muktamar. Perlu diingat di Selangor, Pas membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP.

"Pas juga lebih arif tentang sejarah pengkhianatan Umno dari parti-parti lain.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Badan dakwah???
Badan dakwah apanya kalau lgbt dan gay pun tak sanggup nak jumpa tolong bg balik ke pangkal jalan. Bila ada pihak lain nak tolong sedarkan mereka, puak inilah yg kutuk dan caci maki setengah mati.

Badan dakwah konon.
Dakwah jawatan je tu.

Anonymous said...

Cara nak dakwah org bukan dengan membarua, menyesat, mengkafir, mentolol, mengepilkudakan....... Itu bukan dakwah, itu dakyah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.