Militan IS penggal pengintip Rusia
MOSCOW - RUSIA. Seorang lelaki yang didakwa perisik Rusia dipenggal
dalam sebuah video terbaru yang didedahkan kumpulan militan IS, Rabu
lepas.
Menurut laporan CNN, militan IS juga mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.
"Kamu tidak akan aman. Kami akan bunuh keluarga kamu. Kami akan
musnahkan rumah kamu untuk setiap rumah yang kamu (Rusia) musnahkan di
sini," kata militan tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti untuk membuktikan lelaki yang
dipenggal tersebut merupakan seorang perisik, malah kerajaan Rusia juga
tidak memberikan komen.
Menurut seorang anggota kanan Royal United Services Institute, ianya
bukan kejadian pertama kali militan IS menangkap atau memenggal mangsa
yang didakwa seorang perisik.
Januari lepas, seorang kanak-kanak lelaki yang didakwa dilatih militan
IS dirakam melepaskan tembakan ke kepala dua tahanan IS yang juga
didakwa perisik.
Sebelum kejadian tersebut, seorang pemimpin Chechnya memberitahu agensi
berita Interfax bahawa Rusia mempunyai agen di dalam kumpulan militan
tersebut.
"(Mempunyai agen di dalam kumpulan militan IS) membolehkan kami
mengesan individu-individu penting kepada kami," kata pemimpin Chechnya,
Ramzan Kadyrov awal tahun ini.
2 orang berkata:
setiap penjajah boleh di bunuh
siapa suruh menjajah, pasti takan rela kalau negaranya di jajah
Post a Comment