Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA TUDUHAN

Bukit Aman tidak nyatakan kesalahan Tian Chua
Tian Chua
Presiden PKR, Tian Chua
 
KUALA LUMPUR - Peguam, R Sivarasah mendakwa pihak polis Bukit Aman yang merakamkan keterangan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua hari ini tidak menyatakan jenis kesalahan yang dilakukan anak guamnya itu.  
 
Beliau berkata, Tian Chua tidak disabitkan dalam mana-mana akta siasatan jenayah dan ia sekadar di peringkat kertas siasatan polis sahaja. 

"Bila kita tanya apakah kesalahan yang disiasat, mereka tak boleh jawab, dengan terang-terang tiada unsur jenayah seperti yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

"YB Tian Chua tiada masalah untuk beri apa-apa maklumat," katanya kepada pemberita selepas menemani anak guamnya memberikan keterangan kepada ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Tian Chua selaku Naib Presiden PKR hari ini diminta hadir ke Bukit Aman bagi merakamkan percakapan berhubung siasatan isu pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan Puteri Sulu, Jacel H.Kiram di Filipina, baru-baru ini. 

Tian Chua tiba di luar pekarangan Bukit Aman kira-kira jam 11.30 pagi dan keterangannya yang diambil oleh Asisten Superitendan Muniandy bermula jam 11.40 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. 

Sementara itu Tian Chua berkata, keterangan beliau diambil berikutan lebih 90 laporan polis telah dibuat ke atas Nurul Izzah dan beliau sendiri oleh penyokong BN. 

"Tiada apa-apa dakwaan atau tuduhan terhadap YB Nurul Izzah atau saya. 

"Setakat ini, polis tidak mengesan apa-apa unsur jenayah dalam perbuatan kita," jelasnya.

Ditanya tentang tindakan susulan pihak polis terhadapnya, beliau berkata pihaknya tidak dimaklumkan perkara tersebut.

"Kita menegaskan kita tidak terlibat dalam menentukan senarai tetamu yang hadir atau penganjuran makan malam itu atau perjalanan itu. 

"Kita bukan penganjur, kita hanya memenuhi undangan pihak Filipina," katanya lagi.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Surat ulana terkenal dunia yg hadi cakap tu mana? Kelentong yekk?

Anonymous said...

Komen kamu mcm tengah korek taik hidung je. Pengotor!!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.