Hudud: Husam dakwa Umno tipu Pas
KOTA BHARU – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Umno
jelas menipu Pas apabila tidak memberi laluan kepada parti itu untuk
membentangkan pindaan Akta 355 di parlimen bagi membolehkan hudud
dilaksanakan di Kelantan.
Berucap selepas Majlis Pelancaran Buku Peringatan Orang Terpedaya di
Gelanggang Seni, di sini, malam tadi, Adun Salor itu berkata, kegagalan
Pas itu disebabkan sikap pimpinannya yang terdahulu melanggar keputusan
mesyuarat mengenai perkara itu.
“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.
“Kita boleh ditipu sebab kita tak pakai keputusan mesyuarat, kita telah tetapkan tidak boleh bawa sendiri (Rang Undang-undang Persendirian) Akta 355, sebab kalau kita bawa bukan Islam akan ‘celik’ mata, Majlis Raja-Raja masih masih tidak lulus lagi.
“Kita juga nak ahli parlimen semua sokong khususnya BN yang mempunyai
banyak kerusi, jadi jika dah bincang dengan BN, biarkan dia bawa (usul),
tetapi kita gatal nak bawa sendiri, lepas tu jadi ke tidak sekarang?,”
soalnya di hadapan kira-kira 1,000 penyokongnya.
Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan turut mendakwa, jika
sebelum ini Pas begitu bersemangat untuk melaksanakan hukuman ini,
tetapi kini pimpinannya senyap apabila rang undang-undang itu gagal
dibentangkan.
“Tak jadi kenapa senyap semua, dulu ceramah seluruh Kelantan, pinda
enakmen hudud, dum dum dicanang sana sini, lepas itu bawa bulan April
kena tipu, bawa bulan Jun, kena tipu, bawa bulan Oktober ghaib, bulan
November habis, Disember senyap,
“Kalau begini, macam mana nak hadapi pilihan raya, kita hanya boleh bagi tahu kepada rakyat kita nak buat sahaja,”katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: MB Kelantan tak akan letak jawatan]
Husam berkata demikian sebagai merujuk kepada sidang Dewan Rakyat yang
berakhir Khamis lalu yang menyaksikan Pas sekali lagi gagal
membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355 atau Akta
Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) bagi membolehkan perlaksanaan
hukuman hudud berjalan di negeri Kelantan.
Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang mempertaruhkan
jawatannya bagi memastikan hukuman itu dilaksanakan sebelum menukar
keputusannya.
Ahmad berkata, beliau tidak meletak jawatan kerana sudah berusaha supaya hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
7 orang berkata:
Sebenarnya husam nak jawatan mb tu.sbb tulah dia hentam kerajaan kelantan dgn alasan bagi teguran.kenapa dulu masa ada arwah tgna dia tak berani bersuara sedangkan dia exco juga waktu tu.Husam,diam lebih baik dari bersuara atau berceramah yg boleh menimbulkan masalah dgn kerajaan kelantan.kalau nak bagi teguran pun ikut saluran yg betul dan bukan berceramah di luar saluran.
Memang Husan nak jadi MB Kelanatan kerana untuk menyelamatkam negeri Kelantan dari peminpin bodoh ulamak Pas yang tak pandai mentadbir Kelanatan.kalau kau Ghap Halban anak negeri kelantan dan masih suka dengan cara Pas tadbir Kelantan secara ini memnag kau pun salah seoang penyokong penyangak berlakun ulamak.Senang bagi Umno menjawab sebab apa tipu Pas sebab peminpin Pas (ulamak) bodoh dan tamak.
Ciri2 munafik:
Bila berjanji ia memungkari.
Soalan bodoh..jawapan nye pn bodoh lah...hahahahah
En admin oii,jawapan nye ialah sbb lebai2 kt atas sana tu bodoh..
Kami yg jahil ni dh larang,jangan trpedaya..x nk dgr gak..
Betul bohh...
Husam berlagak macam hero tapi nyata begitu bodoh. Tak kan dia tak tahu parliamen dikuasi oleh BN bukan Pas. Tugas Pas ialah membawa cadangan, kalau tak diterima oleh speaker itu bukan salah Pas. Bodoh macam tak pernah pergi sekolah. Tugas Pas di hadapan Allah sudah selesai, tapi Husam kena jawab kenapa dia sibuk kata jangan bawa ke parliamen.Harap Pas jangan tertangguh2 menyepak mangkuk ni keluar sebab dah terlalu lama dia jadi duri. Dan pastikan kerusi yang dia duduk sekarang disentap semula oleh Pas dalam pru14 nanti.
Bukan masalah BN ramai sahaja tetapi yang nak bentang pun hilang. Tapi lagi pelik dah tahu BN ramai dok percaya janji-janji Umno. Sampai sanggup pecahbelahkan jemaah demi menjaga dan mempercayai BN. Bercita-cita menjadi penasihat pula tu kepada BN. Pusing sini pusing sana, akhirnya jadi mangsa yang dikejar tak dapat dikendong keciciran. Dengan ahli-ahli berani tuduh, fitnah dan halau tetapi nak datang parlimen bentang usul selalu hilang.
Post a Comment