Amanah sebenarnya parti pengacau
SUNGAI LIMAU – Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan
bahawa Parti Amanah Negara (Amanah) sebenarnya yang menjadi pengacau
kerana turut sama bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kawasan
Parlimen Sungai Besar.
Menurut Iskandar, Pas mempunyai harapan besar setelah parti berkenaan
menamakan calon terlebih dahulu untuk bertanding dalam PRK Sungai Besar
namun tindakan Amanah yang turut sama bertanding adalah sangat tidak
adil.
“Saya nak tegaskan ini adalah kerusi kita (Pas) dan kita pernah bertanding di sini.
“Bermakna kita yang terlebih dahulu masuk dan pernah bertanding di sini
jadi tak adil kata kita pengacau. Amanah yang pengacau,” katanya pada
sidang media yang berlangsung di Markas Pas Sungai Limau hari ini.
Iskandar berkata demikian bagi menjawab kenyataan Penasihat DAP yang
mengatakan bahawa Pas adalah pengacau kerana turut serta dalam PRK kali
ini dan sekiranya para pengundi memilih parti Islam itu sama seperti
memilih BN.
Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Pengarah PRK Pas Sungai
Besar turut menggesa agar pengundi luar dapat pulang untuk menunaikan
tanggungjawab mereka bagi memilih parti yang bertanding PRK kali ini.
“Saya menggesa pada pengundi luar untuk balik mengundi sepertimana saya
nyatakan sebelum ini bahawa PRK ini penting bukan untuk kedua-dua
kawasan tapi secara keseluruhan rakyat negara ini sebab ia beri mesej
pada BN,”katanya.
Tambah Iskandar, Pas kini sudah bertemu lebih 80 peratus pengundi di
Sungai Besar bagi membawa mesej agar mereka dapat menolak BN untuk
kesejahteraan seluruh rakyat.
“Sekiranya BN menang besar hari ini, ia akan menyebabkan rakyat rugi
dan kita nk beri mesej pada BN yang kita tak restui tindakan
mereka,”katanya.
1 orang berkata:
Ai takut ke? 60 thn takut dgn budak 6 bulan.
Biar betul, bapuk ke apa
Post a Comment