Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAUT BERTEMBONG LORI TANGKI

Seorang maut, kereta bertembung lori tangki
 Seorang maut, kereta bertembung lori tangki
Keadaan mangsa yang menaiki kereta Honda cedera parah.‎ - Foto: Pembaca Sinar Harian

SUNGAI MANIK - Seorang maut manakala empat yang lain cedera selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan lori tangki di Kilometer 21 Jalan Teluk Intan - Chenderong Balai jam 1.15 tengah hari tadi.

Kejadian turut menyebabkan lori tangki yang dipandu Muhammad Yusuff Ibrahim, 45 terbabas lalu memasuki parit bahagian kanan jalan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Rajassawary Ponnusamy,61, disahkan mati ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chenderong Balai.

"Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa bersama empat lagi mangsa lain dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Tapah.
"Ketika tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu Chow Thein Peng, 38, memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori tangki," katanya.

Tambahnya, ekoran dari pertembungan tersebut kereta berkenaan terbabas ke kiri bahu jalan manakala lori tersebut terjunam ke dalam parit.

"Tiada tangkapan dilakukan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Noor Ahmad Mohd Sarif berkata setibanya di lokasi kejadian semua mangsa mengalami cedera di bahagian muka, kepala, tangan dan badan kecuali pemandu lori.

"Tiada mangsa yang tersepit dan kesemua mereka telah di serahkan kepada ambulans Hospital Teluk Intan bagi rawatan lanjut.

"Menurut maklumat orang ramai di lokasi kejadian, mereka melihat pemandu lori tangki berkenaan cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya lalu terbabas ke dalam parit," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.