Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUTANG SENTIASA BERANAK BINI. SALAH LAPOR KOT ???

Kata 1MDB dah bayar semua hutang…?


Pada April yang lalu, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Presiden 1MDB berkata 1MDB telah melangsaikan semua hutangnya. Arul juga berkata 1MDB akan mempunyai lebihan wang tunai sekurang-kurangnya RM2.3 bilion selepas menyelesaikan hutangnya.

Semalam, media melaporkan bahawa 1MDB dan Kementerian Kewangan Diperbankan menghadapi tuntutan timbang tara (RFA) yang difailkan oleh International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments PJS (Aabar) di Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London berhubung tuntutannya melibatkan lebih AS$6.5 bilion (RM26 bilion).

Tindakan IPIC menunjukkan rundingan antara ia dengan 1MDB telah menemui jalan buntu.

Dari manakah duit yang bakal dikorek oleh Kementerian Kewangan untuk membayar hutang 1MDB sebanyak RM26 bilion sekiranya IPIC berjaya dalam tuntutannya sedangkan lebihan tunai 1MDB hanya ada di sekitar RM2.3 bilion setelah membayar semua hutang?

Apakah rakyat yang juga akan disembelih nanti menggunakan kenaikan cukai, pengenalan cukai baru serta GST terhadap pembelian petrol dan pembayaran tol, yang dijangka akan dinaikkan selepas Hari Raya?

Kepada para pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar, ambillah peluang pilihanraya kecil ini untuk menghantar isyarat yang jelas dengan menolak Umno-BN secara total dan undilah PAS, yang menjadi musuh politik tradisi Umno di seratus lebih kerusi (DUN dan parlimen) di Semenanjung untuk berdekad lamanya.

Pertembungan PAS dan Umno sudah turun-temurun. Sejarah tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di Perak bukan hasil pengkhianatan Adun PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
15 Jun 2016

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.